Halaman

Khamis, 12 Ogos 2010

Cerita sebelum berniaga bazar.

First day nak sewa tapak.Punya berkerja keras masa tu.Mana tak nya,semangat berkobar-kobar dalam diri semakin menebal.Pertama sekali pergi pasar dahlia.Sekali tanya tapak sudah full.Diaorang sewa 3 bulan lebih awal.Aku datang 3 minggu sebelum puasa.Fuh,punya la kecewa saat tu.Tapi kitaorang tak pernah kenal apa itu erti putus asa."Cewah!" Hahaha.Ok-0k sambung balik cerita tadi.kitaorang pun pergi Uda.Haa,itu yang dapat sewa situ.Sebelum nak dapat tu kitaorang pergi la tanya owner yang menguruskan hal ni dekat masjid uda.First tu kitaorang dah blur,mana lah pejabat nya.Pasal sebelum itu kitaorang pergi tanya orang.Orang tu cakap ada pejabat dalam tu.

"Eh,itu kot pejabat.Pasal ada orang tunggu luar."aku bersuara.

Member aku pulak.. "Hotak kau,macam lain je aku tengok.Try kau masuk."

Aku jawab pulak. "Ish,tak nak lah aku."

Haa,masing-masing suruh masing-masing.Tapi dalam tiga-tiga tu salah satu mesti ada mengalah.Kalau tak,tak jadi berniaga lah.Haha..Ok,seorang kawan aku masuk.Rizal namaya.Dia masuk pastu keluar semula.

"Weh asal kau keluar?" aku bersuara.

Rizal,"Aku masuk makcik-makcik dalam tu tengok aku jek."

aku pula menjawab."Dah kau masuk orang suma tengok lah."

Pastu Rizal pun keluar.Dan terus sarung selipar... ??? Saat tu aku memandang kawan aku satu lagi An nama panggilanya.An pun tengok aku tanpa kata.Tiba-tiba....

"Aik." Rizal bersuara dengan terkejut..

"Asal.?" aku dan An berkata.

Rizal."Asal aku pakai selipar salah."

Korang nak tahu selipar apa Rizal pakai? selipar makcik-makcik yang getah punya.Ala,selipar yang makcik-makcik suka pakai sewaktu nak pergi ke surau atau masjid.Senang cerita selipar nenek-nenek lah.Haha..Punya la kitaorang bantai bedekah sambil duduk.Bayangkan la lelaki pakai selipar tu.Dah la tak saiz.Tumit belakang terkeluar. "Aik." kata member aku boleh terkejut.Padahal dah tiga tapak melangkah dengan selipar tu.Haha.. Korang nak tahu.Apa yang tempat Rizal masuk tu? Itu la klinik wakaf.Kata Rizal."Patut lah aku masuk bau ubat jek." Punya lah kitaorang tak berapa perasan ada signboard menyatakan klinik wakaf dekat situ.Bengong betul! Hahaha. kalau tidak tak ada cerita lawak.. hee..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan