Halaman

Ahad, 26 September 2010

Rabu malam raya yang ke-6.

Tepat jam pada pukul 8.35pm.Lokasi di shell berhadapan jalan di Kampaung Pasir.Aku parking betul-betul sebelah tempat isi minyak,tapi tak isi pon.Sahaja jek letak situ.Sebenarnya nak usha line.huhuhu..Yang di janjikan perjumpaan pada pukul 7.30pm,tapi melarat sampai pukul 8.30pm.Yang paling lambat aku lah.Hahaha..Aku duk usha mencari-cari mana la si Baer ni.Baer adalah kawan aku.Dia seorang saja yang aku kenal.Yang lain dah tak kenal kot.Pasal sudah besar-besar belaka.Segan nak tegur member sekolah rendah.Nak di jadikan cerita banyak lah kereta parking dekat situ.Kereta semua maju-maju.Masalah nya kereta mak bapak.adeh..Kalau kerata sendiri memang aku tabik spring nyer..Zasss.. Baer muncul di sebelah aku.Sory-sory lambat.ada hal sikit.Degan muka menahan sakit.Tapp..Terus membuka pintu kereta dan masuk."Lambat ko Baer pergi mana?" Aku bertanya."Ada hal skit" Baer menjawab.. Aku berkata lagi "Kita nak ikut kereta yang mana ni." .. "Kau ikut je kereta depan tu." Baer menjawab. "Ok",aku berkata.. Kami pun memulakan perjalanan dengan mengekori kereta di hadapan.Kelihatan di belakang ada juga kereta mengekori. Jeng,jeng,jengggg.. kelihatan sendat dengan awek-awek dalam tu.Hahaha.. Adeh.. Mula lah aku miang. Dalam tika perjalanan saat itu,Baer bersuara dengan tiba-tiba."Tadi aku excident,sebab tu aku lambat." .. "Huh,kau biar betul." kata ku. "Dekat mana kau excident?" .. "Dekat taman U." Baer menjawab. "Biar lambat asal selamat." kata ku lagi.. Tappp.. Tiba-tiba kereta di hadapan ku berhenti ke kiri sisi jalan.. Aku memasang signal ke kiri. Ketikkk.. Ketikkkkk..berbunyi. Tapp.. Aku mematikan..Bising betul bunyi nyer.. Di hadapan kereta yang aku ekori tu ada lagi kereta sebenarnya. Kelihatan seorang wanita muda keluar dari kenderaan.Manis orang nye.Aku pegun seketika.. "Weh,ko tengok apa tu." Baer menyapa. Aku tersentak.. "Eh,macam lawa je gadis depan ni Baer." Biasa lah lelaki.Itu normal..Hahaha... Lupakan seketika,berbalik cerita tadi. Gadis itu menuju ke kereta depan aku yang aku ekori tadi.Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 30an keluar.Pakcik-pakcik juga lah..Kelihatan pakcik itu memandang aku dengan Baer dengan penuh curiga dan hairan.Setelah itu aku pun hairan.. "Baer,betul ke kereta yang kita ikut ni? Tak kan la bapak dia ikut sekali kOt." "Entah,aku pun tidak pasti." kata Baer.. Lalu Baer keluar dari kereta dan terus menuju ke kenderaan  belakang menanyakan sesuatu.. Dengan muka selamber Baer berkata. "Weh,kita salah follow ni.".. Aduhhh.Aku menundukan muka dan pelan-pelan berkata. Cepat Baer naik,kita blah sekarang.Malu ni.." Aku pun pergi dengan kata-kata, "Maaf pakcik salah kereta." Hahahaa.. Baer yang cakap aku drive jek..Malu beb.. Dah la malu dengan awek di belakang.Tambah pula dengan gadis manis di hadapan tadi.Tapi tak apa la kan.Setiap peristiwa memalukan ada kebaikan.Mana la tahu nanti awek tu terserempak dengan aku lagi. "Eh,ni mamat mengong yang salah tu hari.Tak sangka makin ensem jugak mamat ni sekarang." Hahahahahahahahahahaa.. no komen!

Gambar Raya!

Lagi seminggu nak raya aku sudah letak gambar ni dekat facebook..Rahsianya aku hanya menggunakan camera VGA jek.Camera handphone.Bukan camera DSLR yang budak-budak sekarang kemaruk pakai..Apa macam? baik kan..Jika pandai menggayakan nya.Gambar boleh menjadi berkualiti..






Sewaktu ni aku beraya di rumah bekas cikgu sekolah aku.Yang mereka-mereka korang tengok tu adalah kawan sekolah rendah.Bayangkan lah berapa tahun tak jumpa.Punya la excited.Aku sorang jek.Yang lain tak pun.Yelah,sebab aku baru first time.Excited nak tengok awek-awek jek.Hahaha.. Tade lah..Nak juga tengok awek-awek sekolah rendah yang dulu nya comot-comot kini dah lawa..tak sangka pulak.. Fewittt.. hehe..

Rabu, 15 September 2010

Cerita lagi.Hahaha.

Mari mengarang lagi,hehe..Ini kisah sebelum raya terjadi..Nak cerita masa tu tak sempat..So mase free ini lah dapat mengarang.Masa tu aku ke Taman Universiti tunggu member aku nak hantar borang.Jadi aku parking betul-betul depan workshop kereta.Space sebelah aku kosong..Sehingga lah datang nya satu kereta Honda Civic warna hitam..Baru lagi weh.Aku tak pegun la tengok.Aku buat tak tahu jek.."Tap." Pintu depan terbuka.Kelihatan seorang anak muda keluar dari kereta dengan megahnya..Lantas dalam hati ku berkata. "Alah kereta bapak boleh ar plesing.." Kira ensem jugak lah budak tu..Terus dia menuju ke kedai berdekatan..Aku terus abaikan..Pasal aku tak heran.Lupakan seketika budak itu.Sekarang sebelah kereta aku kosong tak ada parking.Sebelahnya baru kereta budak tu..Jadi datang lagi kereta Honda civic lama..Makcik-makcik yang bawa.Aku servey juga,mana tahu ada anak dara dalam kereta tu kan..Boleh jual market skit..Tapi apa yang aku lihat hampa..Tak ada anak dara.Makcik tu sorang je.. Hurm..Pastu terus dia parking betul-betul sebelah aku.Aku buat bodoh jek.Sudah selesai makcik tu melaksanakan apa yang dia mahu selepas itu dia terus beredar..Selepas makcik tu keluar datang pulak Honda Civic warna hitam.Seakan kereta budak tu la.Memang sama,apa yang bezanya nombor flat je lah..Aku tengok dekat side mirror kelihatan kelibat budak tu. Aku tengokkan sahaja gerak geri dia.Jalan macam anggek' terus menuju ke pintu kereta."Ceh.." dia menggunakan kunci tidak menggunakan alarm.. "Krapp".."krappp"... hampir 4 kali juga lah dia tak dapat membuka pintu kereta.Dia mula cemasss... Aku tengok macam pucat.Nampak sangat tak biasa bawa kereta.Entah-entah curi-curi bawa kerata..Dia tengok kiri kanan tapi tanpa melihat belakang...  ??  Dia try lagi sekali "Krapp" .. "Krappp" memusingkan kunci untuk membuka pintu tapi gagal..Budak tu berhenti seketika. "Tappp.." Seakan ada satu mentol bercahaya di kepala budak tu..Terus dia pandang belakang."Zassss..." Nampak seperti menarik nafas lega sambil tersenggih..Dan aku berpalingkan pandangan aku terhadap nya.Budak itu tersenggih sambil beredar dan menuju ke sebelah kereta itu.Membuka kereta dan terus beredar.. Tu lah...yang sebenar nya aku aku tahu kereta itu bukan kereta dia.haha..Aku saja jek..Sebelah aku ada dua kereta Honda sama parking.Tapi budak tu punya selang satu kereta sebelahnya.Kira sebelah Honda tu juga lah..Tu lah starting keluar pintu tak reti nak senyum.Ini buat muka anggek' dengan aku.Kalau tak awal-awal aku dah sound.. "Bro kereta lu sebelah sana." Malu tak malu kan.Hahahaha..Aku bantai gelak dalam kereta seorang macam apa!