Halaman

Ahad, 29 Ogos 2010

kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Sabtu, 28 Ogos 2010

OMG! raya semakin hampir..

Arghhhh... (menjerit seperti orang kurang siuman) Apa ngumpat-ngumpat!? Aku tak prepare apa-apa lagi pun.Member,rakan taulan yang lain sudah lengkap dengan pakaian masing-masing.Tahun ini aku bersederhana tahap cipan la.Buat apa nak ikut orang.Sendiri minat sendiri menilainya.Pening oh pening...


Berfikir panjang..


Hurm.Dalam kiraan seminggu jugak aku tak tidur.Yelah,membelek sesuatu yang unik.Satu bentuk penuh dengan kesenian dan keunikan.Starting aku jumpa menda baik ni tak tahu nak cakap apa.Aku tenung punya tenung jam menunjukan pukul 3 pagi. "Eh kol 5 mahu sahur" Masih tak dapat jawapan lagi.Sampai sekarang aku masih mencari jawapan.Macam pernah lihat.Tapi buntu apakah yang semirip dengan nya. Check it out!


"Korang pernah nampak tak replika ini? Dekat mana eh.."

.SELEKEH.

Rabu, 25 Ogos 2010

Kisah aku lah..


Hye,hye,hye..Jumpa lagi kita di sini yer. Hahaha. macam biasa aku suka ketawa.Hurm,Sekarang aku nak tunjuk satu picture lama.Kira korang bertuah tahap janggut la dapat tengok picture ni.Bukan senang aku nak papar kat sini.cewah..Agak-agak korang apa korang akan kata setelah melihat eah? Hahaha.. Aku nya gaya tu kan.Macam gay! Shit!.. Entah macam mana boleh macam tu pulak.Kelakuan ini dengan secara tidak sengaja k.

"Ensem kan,aku tahu korang nak kata tu."

Yang kedua aku nak tunjuk dengan korang semua.Aku dan member aku Sipulan namanya.Haha,Tak ada lah.nama dia di rahsiakan la demi menjaga kehormatan dia.check it out..

"Member aku macam militan kan,aku pula macam Rembo,jihad"

Yang ketiga,yang ini ada pelik sikit lah.Limited punya gambar.Tapi korang tak boleh copy picture ni.Ada royalty.Di bawah akta gambar hak cipta terpelihara edisi limited.Korang boleh di jatuhkan hukuman mengikut akta berikut.Percaya korang memang bungek!

"Macam tenuk angkasa tak aku.?"


Yang terakhir,Yang ni ada macam lawak sikit lah.aku tengok sendiri pon nak tergelak.Apa pasal la aku macam ini.Macam tak mengaku lak tu aku.Buat jatuh publisiti jek.Hahaha.. Korang lihat ar,aku da macam apa dah.member aku nya buntut baik kan.Apa macam mau.? =)


"Oups'masuk lalat pulak."




SEKIAN

Selasa, 24 Ogos 2010

Bila hatiku berbicara tentang DIA..

Sunyi malam ini,Aku bersendirian lagi.Tatkala itu aku teringat pada DIA."Oh kau jauh disana." kata hatiku. "Apakah yang sedang kau lakukan." Sentiasa aku terfikirkan akan dirimu.Tapi aku pilu.Adakah engkau begitu jua di sana. Angin sayu malam menyentuh kulit roma ku.Aku terasa sejuk malam ini.Aku mendungak ke langit melihat bulan dan bintang.Terasa tenang malam ini.Aku mengosok lengan ku.Bulan cerah ketika itu begitu juga dengan bintang.Bulan yang ceria dan juga bintang yang berkedipan indah.Aku merenung seketika bintang yang berkedipan indah itu.Lalu terpancar wajah seorang yang aku rindui.Sentisa merinduimu..Engkau tersenyum tatkala itu.Aku jua tersenyum melihat dikau tersenyum pada ku.Sangat cumil sekali.Kalau lah aku dapat menyentuh mu ketika itu,ingin aku mencubit pipi mu yang cumil itu.Tapi apakan daya.Engkau jauh di mata.Dikau masih tersenyum di sebalik bintang.Bulan hanya memancarkan cahayanya.Kalau lah aku bulan ingin aku menemani bintang yang berkedipan indah itu.Sayang,engkau umpama bintang itu.Engkau sangat cantik dimata ku.berkedipan di langit malam.Sangat indah sekali.. Tapi kini... Aku bulan hanya bertemankan sepi.Bulan yang tiada bintang.Aku bertemankan langit gelap yang terbentang luas.Betapa sunyinya aku sendirian tanpa mu.Dulu kau membuat di sekeliling ku indah.Tapi kini hanya gelita mengelilingi..Betapa sunyinya aku disini tanpa mu.Aku masih menanti bintang yang indah itu.Sehingga kini.. Ey,apa ni feeling.Feeling baca lain ar. Hahaha..

Di karang oleh ;
  Aku sendiri!

Isnin, 23 Ogos 2010

Pakcik oh pakcik..

Al kisah maka tersebut lah kisah.. Hehe. Kisah ni di cerita dari apa yang pernah aku alami.Cerita ni dah lama,masa aku sekolah dulu-dulu.. Mai sini aku nak kongsi ngan korang.. Berlaku di waktu tengah hari.Lokasi macam biasa di rahsiakan hari pula dah lupa begitu juga dengan tarikh.. Pendekan cerita memang tak ada lah tarikh,hari,dan tempat lokasi di nyatakan dekat sini.. Bermulanya kisah....

"Weyh Pis,nanti panggil aku tengah hari."

"Ok2,nanti apa-apa hal aku panggil ko.Jangan tidur pulak" kata Apis.

Semasa dialog ni,pekara tersebut berlaku pada waktu hampir tengah hari.Lagi setengah jam kot nak tengah hari.Entah ape hal entah.Mesti ada project baik punya.Tapi tak nak ajak aku.Yelah siapa aku kan...sad...

"Eah Hariz,ko pergi rumah pakcik cepat.Dia ada tak." kata Apiz..

Ok aku terangkan,Hariz ni adik kepada Apis, si member aku tu..

Hariz menyahut. "Yelah.nak pergi la ni.." Hariz pun pergi..

"Pakcik.. Pakcik.." si Hariz memanggil dengan kuat.

Di sebut nya lagi. "Pakcik.. Pakcik.." menanti siapa yang keluar.

Tiba-tiba seorang wanita dalam lingkungan 40 an keluar.

Dan berkata. "Pakcik tak ada, dia dah keluar pergi kerja."

Hariz. "Oh,ok tak apa." Hariz pun pergi dari situ..

Sekarang Pakcik tak ada..Pergi kerja.confused..

"Abang,Pakcik tak ada." Hariz berkata pada Apis.

Apis pula berkata. "Eh tadi ada.Siapa yang keluar cakap dia tak ada?" 

Hariz. "Mak dia keluar cakap Pakcik tak ada dah keluar pergi kerja"

Apis. "Laaa,memang la.Yang ko panggil dia Pakcik tu kenapa."

Hariz. "Kenapa pulak."

Apis. "Kau panggil Pakcik,memang lah mak dia kata pakcik dah keluar pergi kerja.Panggil Shahril,dah mak dia ingat kau panggil laki dia.Bapak si pakcik tu."

Hariz "Mana lah aku tahu."

Apis."Dah,biar aku pergi panggil." Apis berkata dengan tersenyum.

Punya la berdekah dekat situ. Kah..kah..kah.. Ok Pakcik tu nama panggilan jek.Kira nama glamour lah.Nama sebenarnya Shahril.Nama tu terbagi oleh kerana style member aku si Shahril ni macam pakcik-pakcik.So sampai sekarang lekat nama pakcik tu. Hahak.Sorry Pakcik,tercerita dekat sini. =)

Dash yonkuro!

Wahai teman-teman,ketahui lah satu cerita animasi yang paling top ketika waktu kecil dulu.Kartun ni memang best.aku suka tengok waktu aku kecil dulu..Mantap.

DASH YONKURO

Dulu kemaruk dengan tamiya.Kartun ni nya pasal lah.Sanggup kumpul duit nak dapatkan kereta mini ni.Tapi cina nya kereta lagi hebat-hebat belaka.tak buleh nak lawan.Sebab kereta diorang laju-laju benar. Chis!


Di antara model yang paling aku minat cannonball dan juga super horizon..

Cannonball ni kekuatan nya pada tayar.Tayar dia bulih membesar dan semakin laju.Tapi macam biasa lah.Setiap kehebatan ada kekurangan nya.Boleh bertahan untuk satu game pastu game seterusnya dah tak buleh jalan sebab tayar dah meletup.Horizon pula kehebatan nya pada daya tenaga batery nya.Biasalah kereta mini ni memerlukan sokongan batery untuk bergerak.Apabila tenaga batery dah tidak berupaya.Cahaya pula pengantinya,kerana batery nya menggunakan tenaga solar.Hebat kan..

Sabtu, 21 Ogos 2010

Orang gila berkata kurang siuman..

Al kisah ni tercipta tatkala aku yang empunya diri ini berjalan di suatu tempat.Ceritanya begini.Aku ke satu tempat.Tempat tu sengaja di rahsiakan la.Semua korang nak tahu mana buleh.Tapi memang best la.. Berjalan dengan hati tenang aku mengorak langkah dengan bersahaja.Tahu kan bersahaja.Kira gaya bebas lah.Haha.. Relax je aku jalan sambil melihat panorama manusia di sekeliling aku.Macam2 ragam,kalau nak di cerita.Cerita pun tak habis lah.Tapi apa yang penting mata aku akan tertumpu pada gadis-gadis jelita.Yang tak menarik korang tengok lah..Haha.Jahat kan aku.Ala biasa lelaki..Ada muslimah,ada menjolok mata..kalau tengok lama-lama takut kena jolok mata pulak nanti.Baik tengok saja-saja jek.haha..Oups aku puasa. Allah,kurang pahala.Padahal sengaja,macam tu lah manusia... "Weh kau orang gila" .. Dengan nada yang kuat. Terkuzat aku! beralih sedikit di tepi sisi dari tempat aku berdiri.."Pehal pulak mamat ni." kata aku.. Dalam hati "Ada jugak kena sepak karang." .. "Orang gila".."Orang gila".."Orang gila" dia memekik lagi.. Erghhh..Gila aku! Agak bengang juga la.Mana tak nya orang memerhati dan tertumpu pada aku yang sorang ni.Adoii.. Tanpa memikirkan kisah selanjutnya yang akan berlaku.Aku terus melangkah pergi..Malu beb.Dia yang gila kata aku gila.Gila punya orang..Cuba korang cakap "Orang Gila." 3 kali ok. kuat-kuat aw. Try jek.. Haa.macam tu la...sebijik!

Jumaat, 20 Ogos 2010

Sepatu bola ku.

Hahaha.. ehemm..Ok macam biasa aku akan bercerita lagi seperti biasanya.Aku nak cerita pasal sepatu hebat yang penah aku ada.Kasut ni ringan,empuk,lunak dan pelbagai la rasanya.Try la sendiri.Malas nak tulis panjang-panjang..Dengan kasut ini aku merangkul beberapa kali juara.Yeah! Nampak macam hebat bukan? Haha.Tak berapa pandai sangat main bola.JOm lihat...

Tadaa..!!!

"Kasut kung fu"

Selesa ketika menyarung kan sepatu itu di kaki.Macam nak hayun je kat kepala korang.Haha..Gurau je.Cuba korang usha la kasut aku tu.Lihat blah kanan dari depan ke tengah sisi kasut...Koyak kan? Itu bermakna aku merembat bola dengan kaki kanan.Sepatu blah kiri ok lagi kan.Itu la ajaib nya tendangan padu kaki aku.Sampai rabak..Haha.Murah jek RM6.50..Tapi kan..Sepatu aku tak busuk macam sepatu korang eah!

"Padang hanjing"

Sorry la tak berapa nak clear.Zoom jauh dari atas.Tapi korang nampak kan.Itu pun sudah memadai.Itu sebenar nya tapak badminton.Kitaorang kreatif buat street soccer.Sebenarnya 3 in 1,badminton,street soccer,dan juga takraw.Hujung sebelah kiri sisi gambar tempat kanak-kanak tangkap berudu.Entah buat apa dengan berudu tu pun tak tahu.Bila tanya nak letak dekat akuarium.Ehek' ingat ikan ke adik oit.. Hebat kan? Kreatif tak kitaorang.Cewah,kreatif la plak..Cam taik' Hahaha.. Padang tu kitaorang panggil padang hanjing sebab tempat anjing kekadang melepak.Erghhh...


Pengetahuan ; Tidak perlu memakai kasut mahal jika tak pandai bermain.Pastikan kasut bersesuaian dengan tempat.Kalau padang Hanjing macam dekat atas cukup la dengan kasut kung fu.



Cerita sedih..

Mau la story skit.Cerita apa eah? Hurmmm... Rasanya cerita sedih skit.Ok-ok,kali ni kita amik cerita sedih la plak kan.Madah nak cerita best je kan.Tak best jugak kan.Macam dalam kehidupan ada manis masam nya kan.Banyak plak kan..Ada soalan! Berapakah banyak kah "kan" saya sebut?? Haha. Ok berbalik pada cerita tadi.Semalam masa on the way hantar kawan pulang.Tengah syOk pandu laju ni.. vOoommm... macam hayal la sikit.Feel orang kata.Dalam suasana tenang,radio pula memainkan lagu raya.Feel tu jadi sedih aw.Korang bayangkan cepat.. Ok.Tengah hayal pandu laju tanpa memikirkan kemalangan dan risikonya.Satu empat ada jejak jugak lah..Highway tu sedap tekan minyak.Dalam hayal dan sedih aku ternampak Hanjing terbaring di tengah jalan dengan terbungkang.Lidahnya terkeluar dan perut kembung.Mungkin dah berapa hari mati kOt.Tak pergi check pulak.Gila korang...Dah lah tengah feel.Dengar lagu raya lagi..tengok Hanjing tu macam orang plak.Tak raya dia aku cakap dalam hati.Perasaan aku je lah...

Khamis, 19 Ogos 2010

Really-really sorry..




I want my baby back
It's so cold without her
Cold without her
She's gone
Now I'm alone, no one to hold on
Cause she was the only one
And I know I was dead wrong
But if you youuuu
If youuu
See her sooonn
Ask her will she forgive me

If you ever see her
If you ever meet her
If you ever get a chance to sit down, talk to her
Then tell her it's so cold
It's so cold, it's so cold
Here without her
And tell her I miss her
Tell her I need her
Tell her I want her
I really want her to come back home, back to keep me warm
Tell her I'm sorry, I'm really sorry
Can you forgive me?
Please forgive me
And come back home, keep me safe and warm

Now my baby's really gone
I don't know if she's coming home
My love's up, I fucked up

I know
Tell me what to do to get her back
Back where her heart belongs, been gone from me for way too long

So if youuu, seen my boo
Please can youuuu
Can you tell her for me

If you ever see her
If you ever meet her
If you ever get a chance to sit down and talk to her
Then tell her it's so cold
It's so cold, it's so cold
Here without her
And tell her I miss her
Tell her I need her
Tell her I want her
I really want her to come back home, back to keep me warm
Tell her I'm sorry, I'm really sorry
Can you forgive me?
Please forgive me
And come back home, keep me safe and warm
All them girls across the world
You know you gotta be my girl

All them girls across the world
You know you gotta be my girl

All them girls across the world
You know you gotta be my girl

If you ever see her
If you ever meet her
If you ever get a chance to sit down and talk to her
Let her know it's so cold
It's so cold, it's so cold
Without her

Chris Brown - So Cold                               

Isnin, 16 Ogos 2010

Ketika aku di bazar haritu..

Mahu story mory pada korang semua.Ini kisah aku di bazar pada haritu.Punya la sesak ramai orang.Kekadang aku rasa malas jugak nak ke bazar.Yelah ramai orang,sudah tentu rimas.Tapi ada satu menda yang membuat kan aku suka pergi bazar...Awek'.. Hahaha.. Lelaki kalau pergi ke bazar dengan segerombolan lelaki.Memang sah datang mahu jual market dekat bazar."Tahu la..Yang cerita ni lelaki." Try korang tengok kalau nampak segerombolan lelaki yang datang,jarang dekat tangan ada sesuatu yang di beli.Kalau datang seorang mungkin ya.Macam-macam patern orang aku nampak dekat bazar.Yang menarik hari itu ada 3 orang manusia lembut.Wow,hebat.. Biasalah kalau golongan ini kalau dah berjalan.Macam artis ke mana sahaja orang usha.Dua kurus,seorang gemuk.Budak sutun sorang ni memang gerek' pakai seluar atas pusat.Punya lah tinggi.Hahaha! Memang tak boleh blah.Jalan punya jalan sekali dia follow belakang aku daa..Apa lagi aku speed lah.Jalan sama,takut kena gosip liar pulak.Oh aku normal ok.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Beberapa makanan di syorkan untuk kalian..Cubalah.

Cerita tentang makanan di bulan puasa ni memang la menyelerakan.Lagi-lagi saat kita tengah bayangankanya.Aduh,lemah je rasa..Haha.Ok sekarang ini mari kita lihat ada beberapa makanan yang perlu kita try bulan puasa ni.Makanan ni sangat unik.Jika kita buat juadah berbuka puasa mungkin bertambah menyelerakan.Saya rasa anda pasti menyukainya.Mari kita lihat.. Jeng..jeng..jengggg.....


"Yang pertama"

"Hurm,nampak menyelerakan."



"Yang kedua"


"Frog Drumstick,Awesome!"
Masak kicap.Aduh favourite.Tapi bkn ini..



"Yang ketiga"

"Sup hidung babi"
Dia macam Gear box juga.Cuma perlu sedut di bahagian hidung begitu sahaja!
Sluuuurrrrrrpppppppp!!!! argh..mempesonakan..



"Yang keempat"

"Lihat,sangat mengujakan"
Di sejukan dengan ketulan ais supaya bertambah umph! bila di panggang nanti..

Bagaimana? Adakah makanan yang baru sahaja di paparkan tadi akan menaikan nafsu makan anda semua? Hahaha.. Sudah pasti tidak bukan? Coretan ini hanya lah sekadar hiburan.Tiada kaitan dengan apa-apa yang berkait.Pasti korang cakap aku ni merepek bukan? Hahaha..


"Yang terakhir sekali"

"Adakah batu ini nampak menyelerakan?"
Sudah tentu tidak..Korang nak tahu batu sebesar ni nak buat apa?
 Buat hempOk kepala korang kalau korang nak tahu..
Kerana cakap aku ni bukan-bukan..Hahaha. =P

Jangan mentafsirkan apa-apa.Hanya gurauwan..Haha!
"Aku Riang Apa Lu Orang Kisah"