Mari mengarang lagi,hehe..Ini kisah sebelum raya terjadi..Nak cerita masa tu tak sempat..So mase free ini lah dapat mengarang.Masa tu aku ke Taman Universiti tunggu member aku nak hantar borang.Jadi aku parking betul-betul depan workshop kereta.Space sebelah aku kosong..Sehingga lah datang nya satu kereta Honda Civic warna hitam..Baru lagi weh.Aku tak pegun la tengok.Aku buat tak tahu jek.."Tap." Pintu depan terbuka.Kelihatan seorang anak muda keluar dari kereta dengan megahnya..Lantas dalam hati ku berkata. "Alah kereta bapak boleh ar plesing.." Kira ensem jugak lah budak tu..Terus dia menuju ke kedai berdekatan..Aku terus abaikan..Pasal aku tak heran.Lupakan seketika budak itu.Sekarang sebelah kereta aku kosong tak ada parking.Sebelahnya baru kereta budak tu..Jadi datang lagi kereta Honda civic lama..Makcik-makcik yang bawa.Aku servey juga,mana tahu ada anak dara dalam kereta tu kan..Boleh jual market skit..Tapi apa yang aku lihat hampa..Tak ada anak dara.Makcik tu sorang je.. Hurm..Pastu terus dia parking betul-betul sebelah aku.Aku buat bodoh jek.Sudah selesai makcik tu melaksanakan apa yang dia mahu selepas itu dia terus beredar..Selepas makcik tu keluar datang pulak Honda Civic warna hitam.Seakan kereta budak tu la.Memang sama,apa yang bezanya nombor flat je lah..Aku tengok dekat side mirror kelihatan kelibat budak tu. Aku tengokkan sahaja gerak geri dia.Jalan macam anggek' terus menuju ke pintu kereta."Ceh.." dia menggunakan kunci tidak menggunakan alarm.. "Krapp".."krappp"... hampir 4 kali juga lah dia tak dapat membuka pintu kereta.Dia mula cemasss... Aku tengok macam pucat.Nampak sangat tak biasa bawa kereta.Entah-entah curi-curi bawa kerata..Dia tengok kiri kanan tapi tanpa melihat belakang... ?? Dia try lagi sekali "Krapp" .. "Krappp" memusingkan kunci untuk membuka pintu tapi gagal..Budak tu berhenti seketika. "Tappp.." Seakan ada satu mentol bercahaya di kepala budak tu..Terus dia pandang belakang."Zassss..." Nampak seperti menarik nafas lega sambil tersenggih..Dan aku berpalingkan pandangan aku terhadap nya.Budak itu tersenggih sambil beredar dan menuju ke sebelah kereta itu.Membuka kereta dan terus beredar.. Tu lah...yang sebenar nya aku aku tahu kereta itu bukan kereta dia.haha..Aku saja jek..Sebelah aku ada dua kereta Honda sama parking.Tapi budak tu punya selang satu kereta sebelahnya.Kira sebelah Honda tu juga lah..Tu lah starting keluar pintu tak reti nak senyum.Ini buat muka anggek' dengan aku.Kalau tak awal-awal aku dah sound.. "Bro kereta lu sebelah sana." Malu tak malu kan.Hahahaha..Aku bantai gelak dalam kereta seorang macam apa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan