Halaman

Ahad, 26 September 2010

Rabu malam raya yang ke-6.

Tepat jam pada pukul 8.35pm.Lokasi di shell berhadapan jalan di Kampaung Pasir.Aku parking betul-betul sebelah tempat isi minyak,tapi tak isi pon.Sahaja jek letak situ.Sebenarnya nak usha line.huhuhu..Yang di janjikan perjumpaan pada pukul 7.30pm,tapi melarat sampai pukul 8.30pm.Yang paling lambat aku lah.Hahaha..Aku duk usha mencari-cari mana la si Baer ni.Baer adalah kawan aku.Dia seorang saja yang aku kenal.Yang lain dah tak kenal kot.Pasal sudah besar-besar belaka.Segan nak tegur member sekolah rendah.Nak di jadikan cerita banyak lah kereta parking dekat situ.Kereta semua maju-maju.Masalah nya kereta mak bapak.adeh..Kalau kerata sendiri memang aku tabik spring nyer..Zasss.. Baer muncul di sebelah aku.Sory-sory lambat.ada hal sikit.Degan muka menahan sakit.Tapp..Terus membuka pintu kereta dan masuk."Lambat ko Baer pergi mana?" Aku bertanya."Ada hal skit" Baer menjawab.. Aku berkata lagi "Kita nak ikut kereta yang mana ni." .. "Kau ikut je kereta depan tu." Baer menjawab. "Ok",aku berkata.. Kami pun memulakan perjalanan dengan mengekori kereta di hadapan.Kelihatan di belakang ada juga kereta mengekori. Jeng,jeng,jengggg.. kelihatan sendat dengan awek-awek dalam tu.Hahaha.. Adeh.. Mula lah aku miang. Dalam tika perjalanan saat itu,Baer bersuara dengan tiba-tiba."Tadi aku excident,sebab tu aku lambat." .. "Huh,kau biar betul." kata ku. "Dekat mana kau excident?" .. "Dekat taman U." Baer menjawab. "Biar lambat asal selamat." kata ku lagi.. Tappp.. Tiba-tiba kereta di hadapan ku berhenti ke kiri sisi jalan.. Aku memasang signal ke kiri. Ketikkk.. Ketikkkkk..berbunyi. Tapp.. Aku mematikan..Bising betul bunyi nyer.. Di hadapan kereta yang aku ekori tu ada lagi kereta sebenarnya. Kelihatan seorang wanita muda keluar dari kenderaan.Manis orang nye.Aku pegun seketika.. "Weh,ko tengok apa tu." Baer menyapa. Aku tersentak.. "Eh,macam lawa je gadis depan ni Baer." Biasa lah lelaki.Itu normal..Hahaha... Lupakan seketika,berbalik cerita tadi. Gadis itu menuju ke kereta depan aku yang aku ekori tadi.Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 30an keluar.Pakcik-pakcik juga lah..Kelihatan pakcik itu memandang aku dengan Baer dengan penuh curiga dan hairan.Setelah itu aku pun hairan.. "Baer,betul ke kereta yang kita ikut ni? Tak kan la bapak dia ikut sekali kOt." "Entah,aku pun tidak pasti." kata Baer.. Lalu Baer keluar dari kereta dan terus menuju ke kenderaan  belakang menanyakan sesuatu.. Dengan muka selamber Baer berkata. "Weh,kita salah follow ni.".. Aduhhh.Aku menundukan muka dan pelan-pelan berkata. Cepat Baer naik,kita blah sekarang.Malu ni.." Aku pun pergi dengan kata-kata, "Maaf pakcik salah kereta." Hahahaa.. Baer yang cakap aku drive jek..Malu beb.. Dah la malu dengan awek di belakang.Tambah pula dengan gadis manis di hadapan tadi.Tapi tak apa la kan.Setiap peristiwa memalukan ada kebaikan.Mana la tahu nanti awek tu terserempak dengan aku lagi. "Eh,ni mamat mengong yang salah tu hari.Tak sangka makin ensem jugak mamat ni sekarang." Hahahahahahahahahahaa.. no komen!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan