Halaman

Selasa, 15 Februari 2011

Terkenang-kenang..

Yang ini cerita zaman kenakalan teragung aku.Bila di ingat balik peristiwa ni.Sumpah dengan sendiri nya tergelak di hadapan keluarga.Dan tiba-tiba ada la suara yang menyumbangkan suara nya.. " Ko pehal .. Gilerr,senyum sorang-sorang..?? " Suara itu datangnya dari kakak ku.Aku cuma mampu mengelengkan kepala ku mngatakan tiada apa-apa.. Dengan tanpa menyumbang kan apa-apa hanya mnyumbangkan suaranya kepada ku,lalu kakak ku berlalu.. Patutnya sumbangkan la duit ke apa ke kan..Sedap sikit aku senyum seorang-seorang..Bayangkan lah tengah sengih seorang-seorang.. Tetttttt.. Korang bayangkan la sendiri.Malas aku nak imagine kan jalan cerita untuk korang.. Hahaha.. Ok-ok ..Sambung cerita..Kisah nya bermula.. (Mesti korang tak sabar nak baca kan.) Hahahaha..

Kisah ini bermula di malam hari.Waktu tu aku masih bersekolah menengah lagi..Aku ada syok kat satu minah ni..Dulu kala la masa tu..Rumah dia berhampiran je.Kira sebelah taman..Pada satu malam yang lupa tarikhnya.Aku dan sekumpulan kawan-kawan ku lepak di tapak teratai.Tapak teratai tu adalah tempat untuk bersantai bagi penduduk di situ..So kitaorang pun duduk di situ tanpa hala tuju masa hadapan..Lepak bercerita,menyanyi bersama-sama,gelak ketawa..Burung-burung pun berkicauwan turut sama gembira.Tetttt! tu tipu lah..Hahaha. Ok sambung balik..Tiba-tiba salah seorang kawan bersuara.. "Weh rep,apa kata kita pergi kacau rumah Natasya jom..! " .. Sekumpulan kawan-kawan ku menyahut gembira... "Jom.Jom.Jomm..." Kalau benda bukan-bukan memang laju..Dan aku Jom aje..Hahaha..Kitaorang pun bergerak ke lokasi yang telah dirancang.. Berjalan dengan nada perlahan tanpa ada bunyi.Bintang-bintang penuh di langit dan bulan terang malam itu menguatkan lagi semangat aku untuk ke sana.. Kian hampir dengan lokasi.Suasana sunyi dan masing-masing memandang ke kiri dan ke kanan..Tiada apa-apa kelibat mahupun bunyi..Hanya sunyi di sekeliling.. Berhadapan kami ada dua buah kereta parking di situ berhadapan rumah Natasya.. Selangkah kami kehadapan di situ. Gong..! Gong..! Gong..! Dengan secara tak semenanya dua ekor anjing dari bawah kereta tu keluar.Anjing itu bukan mengejar kitaorang tapi jugak berlari melihat kitaorang..Apa lagi kitaorang berlari jugak lah.Sama-sama lari.Bagus..Hahaha.. "Babi nye hanjing." Aku mencarut. Dah binatang tu anjing di gelarkan babi pula.Haa..itu la tabiat masyarakat kita bila mencarut..Hahaha.. Kalau boleh elakan.Jikalau saat genting seperti tadi tak apa mencarut.. Hahaha..Bayangkan la sekumpulan manusia yang berjalan rapat bersama-sama seperti mahu merompak berlari lintang pukang secara tiba-tiba.Tak ke ada yang jatuh masa tu.Memang kelakar..Hahaha..Sambung balik cerita tadi.. Kitaorang sudah pun berada di dua buah kereta tersebut.Terbahagi kepada dua kumpulan..Satu bahagian di sebelah sana dan satu lagi di sebelah sini di sebalik kerata itu.Kitaorang pun memanjangkan leher menjengah rumah Natasya tu.Lampu kelihatan terang di rumahnya..Apa lagi dengan terburu-burunya kitaorang memanggil serentak.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Suara memecah hening.. Tiada tindak balas.Ulang lagi sekali.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Pap!! dia menjengah,aku kenal susuk tubuh tu yang menjengah di balik pintu..Itu la Natasya.. Aku gembira.. "Natasya.. Natasya keluar dow.." Aku menunduk dan kawan aku pula menjengah.. "Ha'a dow..Pakai baju tidur.Cumil.." kawan ku berkata..Turn aku pula menjengah.. "Alamak dah masuk.macam mana?" Aku melihat rakan yang lain.Semua mengelengkan tapak tangan.. "Kita panggil lagi sekali." Kata aku..Semua menganggukan kepala tanda setuju.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Tiada tindak balas.. Lagi sekali.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Tiada tindak balas..Yang terakhir kata ku.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Pap!!! dia menjengah,aku kenal susuk tubuh tu yang menjengah di balik pintu..Itu la bapak dia. Aku panic! "Shit.. Bapak dia dow.." dan kawan ku pula berkata.. "Mana-mana??" sambil menjengah.. "Ha'a,macam mana ni.? Bapak dia da keluar tu.." Masing-masing panic.Semua da takut..Dalam suasana kelam kabut tu.Salah seorang kawan kitaorang berlari ke salah satu kereta di sebelah. Dia berlari laju dan tunduk,  tap! "Eh aku terpegang apa ni." Suara kawan ku. Apabila di suluh dengan lampu handphone..Eeeee..Taik! Hahahaha.. Gelak sambil cover-cover kitaorang.. Apabila bapak si Natasya tu masuk..Kitaorang pun beredar dari situ dengan gelak ketawa.. Hahaha.. Dalam perjalanan pulang tu..Aku berkata kepada kawan ku yang malang tu. "Weh,ko tak basuh eh?" .. "Tak,aku kesat je kat tanah pastu nanti balik aku basuh la.." .. "Eeee..Kan taik hanjing tu!" .. "Otak kaw..Taik kucing gila.." .. "Baik kau samak.." Hahahaha.. dan tak habis2 dia tak menafikan kata-kata aku itu.. Jadi sampai sekarang apabila jumpa kawan aku tu .. "Tangan kau dah samak belum? Solat tak sah kau tahu.." Hahaha.. END.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan