Halaman

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kemerdekaan atau Aidilfitri?

Hey kawan lupa ke merdeka lahhh..Jangan asyik lupa dengan persiapan raya.Kemon lah,raya-raya jugak merdeka-merdeka jugak. Kalau jalur gemilang tu bole berkata tentu dia merajuk dengan rakyat malaysia yang tanak mengibarkan jalur gemilang..Yang aku tengok orang sebok mengecat rumah,menghias rumah,dan ada juga membasuh rumah.Bayangkan orang tu cat rumah berbelang seperti jalur gemilang.Agak-agak apa respon korang? tentu tersenyum dan buat muka ala-ala terkejutkan.. Haha.Siapa lah yang nak buat tu,memang cool! Okey try la korang bayangkan.Satu persiapan kemerdekaan ni di sambut seperti menyambut nya satu syawal..Yelahh,macam sekarang ni..Tentu menteri kita merasa sangat bangga kan.. Kiri kanan jalur gemilang macam ala-ala pilihan raya poster tertampal di mana-mana..Macam tu lah jalur gemilang.Tentu meriah.. Apa yang ada tahun ni.Apa yang aku lihat lah..Orang kurang kesedaran sekarang ni bulan kemerdekaan.Bendera pun tak ada di kibarkan..Macam sepi bulan kemerdekaan tahun ini..Yang penting raya! Hahaha..Sebenarnya apa yang aku cakap tu pasal diri aku sendiri.Lupa pada bulan kemerdekaan.. Raya yeaaa!!! Hahaha..



Ahad, 7 Ogos 2011


Wahhhh,menajubkan.Teruja doh aku tengok binatang tu di realiti kan..Kalau ada kat malaysia ni.Aku rasa aku salah seorang yang tak akan lepas kan peluang untuk merasai satu fenomena yang hebat ini.. Kuik.Kuik... Hahaha..comel. Contoh lah.. kalau kesemua itu aku punye..Sudah tentu aku attack rumah korang-korang semua..Hahahaha..First aku nak attack rumah musuh aku,(aku ada musuh ke? tak ada kot).Bayangkan kalau mende tu kena tepat rumah korang pastu runtuh..Mesti korang maki hamun punyakan.. Hahahaha.. awesome!


Isnin, 1 Ogos 2011

First puasa..

Bangun pagi duduk depan meja mengadap maggie panas yang telah di masak.. Allah humma..(Doa makan) Tetttttt..(bunyi keset rosak)..Hahaha..gurau jek..Ini cerita yang sebenarnya.. Arghhhhhhhh (mengeliat), waktu tepat menunjukan 10.45 pagi..Keadaan lemah dan tak biasa lagi dengan hari pertama puasa..Bila dekat rumah pagi-pagi bangun terus nak ke bilik air nak gosok gigi lagi.. eh bukan ke aku dah gosok gigi lepas sahur tadi,terlupa.Pastu macam nak minum air masak,lupa lagi nasib baik tak minum baru amik cawan je..Tu la pekara rutin yang aku buat tiap pagi..Sudah terbiasa kan.Lagi-lagi baru bangun tidur,mamai-mamai macam tu..First puasa memang macam ni ye kawan-kawan.Esok lusa dah biasa tak makan buka pun boleh tahan lagi..(tipu je tu).Ok hari ini pulak pekara apa yang perlu di buat yer..Berehat di rumah,buat-buat apa yang patut (padahal melepek je kat umah) pastu petang ke bazar mencari awek,oups' cari makanan.Menu kita hari ni makanan pelik-pelik..Pelik betul la orang Malaysia.Masa puasa lah baru nak tunjuk resipi makanan pelik diaorang.Hari biasa tak ada pulak..Itu lah keunikan,yang itu la aku suka.Lalalala..



Rabu, 27 Julai 2011

Berpuasa la kita!

huuuuu.. (mengeluh) ..Kini Ramadhan menjelang untuk sesi 2011..Dengar je puasa nak tiba mesti kepala otak aku pening..Maklum lah banyak pekara nak fikir..Nak puasa lagi nak raya lagi.Tapi kalau puasa sudah tentu best kan.Bila penat puasa tetiba petang je ada bazar..Dekat mana-mana ada bazar.Kita pulak naik pening nak pergi bazar yang mana satu.Time tu lah kita akan jumpa makanan yang pelik-pelik,memang rasa kelainannya dengan hari biasa..Apa pun aku suka Ramadhan! Tapi...Raya sehari dua je best,pastu da tak rasa raya.Masa kecik dulu boleh lah.Kini da besar mana nak rasa raya macam adik-adik kita sekarang ni.. Apa pun tak boleh.



Khamis, 7 Julai 2011

Semakin suka..

Aku sekarang ni tengah fanatik dengan game comel ni.Kalau aku sebut semua pasti tau..Angry bird,tau kan..Comel dow game ni.Lelaki perempuan pun main,tak kira..
Di antara binatang yang korang boleh pilih lah.Setiap binatang ada kelebihan masing-masing..Tak pecaya cer try..


Kasut?

Siri perbualan aku dan rakan ku..

Suatu ketika di kedai kesemuanya menjual kasut..


Aku ; Eyshhh,kedai kasut lagi.apa lagi yang kau cari ni?

Rakan ; Diam lah kau,cari kasut lah.Tak nampak apa kasut depan mata kau.

Aku ; Aku nampak kasut.Bila dah dekat kedai kasut.Gaya kau ni mcam nak beli kaki lekat kat muka kau satu.Semua kedai kau masuk.Belinya tidak..


Rakan ; Aku nak cari kasut sesuai lahhh..


Aku ; cepat lah tanya budak tu..


Rakan ; Dik,mari sini..Boleh mintak saiz 28?


Kesemua blur setelah mendengar sejumlah bilangan yang besar,termasuk lah pekerja di situ..


Lalu aku mnyambung...


Aku ; Eh,kau nak buat apa dengan kasut besar tu.Mana ada..Gila apa.


Rakan ; Nak buat sarung dekat kepala kau! agak-agak muat?


!@#$%^&*.... 



Oh Blog.

Alahai,sekarang ni makin malas pulak rasanya nak update blog.Cerita banyak tapi tu lah,oleh kerana malas yang kian menebal.Aku sekarang jadi pemalas..Sini tempat aku merepk je.Lantak la siapa nak baca.Nak cakap blog aku ni bodoh-bodoh ke apa.Lantak lah..Blog aku,bukan kau.Kau ada macam aku punya? Tak ada kan.Jadi duduk diam-diam..