Halaman

Isnin, 23 Ogos 2010

Pakcik oh pakcik..

Al kisah maka tersebut lah kisah.. Hehe. Kisah ni di cerita dari apa yang pernah aku alami.Cerita ni dah lama,masa aku sekolah dulu-dulu.. Mai sini aku nak kongsi ngan korang.. Berlaku di waktu tengah hari.Lokasi macam biasa di rahsiakan hari pula dah lupa begitu juga dengan tarikh.. Pendekan cerita memang tak ada lah tarikh,hari,dan tempat lokasi di nyatakan dekat sini.. Bermulanya kisah....

"Weyh Pis,nanti panggil aku tengah hari."

"Ok2,nanti apa-apa hal aku panggil ko.Jangan tidur pulak" kata Apis.

Semasa dialog ni,pekara tersebut berlaku pada waktu hampir tengah hari.Lagi setengah jam kot nak tengah hari.Entah ape hal entah.Mesti ada project baik punya.Tapi tak nak ajak aku.Yelah siapa aku kan...sad...

"Eah Hariz,ko pergi rumah pakcik cepat.Dia ada tak." kata Apiz..

Ok aku terangkan,Hariz ni adik kepada Apis, si member aku tu..

Hariz menyahut. "Yelah.nak pergi la ni.." Hariz pun pergi..

"Pakcik.. Pakcik.." si Hariz memanggil dengan kuat.

Di sebut nya lagi. "Pakcik.. Pakcik.." menanti siapa yang keluar.

Tiba-tiba seorang wanita dalam lingkungan 40 an keluar.

Dan berkata. "Pakcik tak ada, dia dah keluar pergi kerja."

Hariz. "Oh,ok tak apa." Hariz pun pergi dari situ..

Sekarang Pakcik tak ada..Pergi kerja.confused..

"Abang,Pakcik tak ada." Hariz berkata pada Apis.

Apis pula berkata. "Eh tadi ada.Siapa yang keluar cakap dia tak ada?" 

Hariz. "Mak dia keluar cakap Pakcik tak ada dah keluar pergi kerja"

Apis. "Laaa,memang la.Yang ko panggil dia Pakcik tu kenapa."

Hariz. "Kenapa pulak."

Apis. "Kau panggil Pakcik,memang lah mak dia kata pakcik dah keluar pergi kerja.Panggil Shahril,dah mak dia ingat kau panggil laki dia.Bapak si pakcik tu."

Hariz "Mana lah aku tahu."

Apis."Dah,biar aku pergi panggil." Apis berkata dengan tersenyum.

Punya la berdekah dekat situ. Kah..kah..kah.. Ok Pakcik tu nama panggilan jek.Kira nama glamour lah.Nama sebenarnya Shahril.Nama tu terbagi oleh kerana style member aku si Shahril ni macam pakcik-pakcik.So sampai sekarang lekat nama pakcik tu. Hahak.Sorry Pakcik,tercerita dekat sini. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan