Halaman

Jumaat, 20 Ogos 2010

Sepatu bola ku.

Hahaha.. ehemm..Ok macam biasa aku akan bercerita lagi seperti biasanya.Aku nak cerita pasal sepatu hebat yang penah aku ada.Kasut ni ringan,empuk,lunak dan pelbagai la rasanya.Try la sendiri.Malas nak tulis panjang-panjang..Dengan kasut ini aku merangkul beberapa kali juara.Yeah! Nampak macam hebat bukan? Haha.Tak berapa pandai sangat main bola.JOm lihat...

Tadaa..!!!

"Kasut kung fu"

Selesa ketika menyarung kan sepatu itu di kaki.Macam nak hayun je kat kepala korang.Haha..Gurau je.Cuba korang usha la kasut aku tu.Lihat blah kanan dari depan ke tengah sisi kasut...Koyak kan? Itu bermakna aku merembat bola dengan kaki kanan.Sepatu blah kiri ok lagi kan.Itu la ajaib nya tendangan padu kaki aku.Sampai rabak..Haha.Murah jek RM6.50..Tapi kan..Sepatu aku tak busuk macam sepatu korang eah!

"Padang hanjing"

Sorry la tak berapa nak clear.Zoom jauh dari atas.Tapi korang nampak kan.Itu pun sudah memadai.Itu sebenar nya tapak badminton.Kitaorang kreatif buat street soccer.Sebenarnya 3 in 1,badminton,street soccer,dan juga takraw.Hujung sebelah kiri sisi gambar tempat kanak-kanak tangkap berudu.Entah buat apa dengan berudu tu pun tak tahu.Bila tanya nak letak dekat akuarium.Ehek' ingat ikan ke adik oit.. Hebat kan? Kreatif tak kitaorang.Cewah,kreatif la plak..Cam taik' Hahaha.. Padang tu kitaorang panggil padang hanjing sebab tempat anjing kekadang melepak.Erghhh...


Pengetahuan ; Tidak perlu memakai kasut mahal jika tak pandai bermain.Pastikan kasut bersesuaian dengan tempat.Kalau padang Hanjing macam dekat atas cukup la dengan kasut kung fu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan