Halaman

Jumaat, 18 Februari 2011

Motor dan Amoi..

Hahaha.. Yang ini satu peristiwa paling seronok dan rugi pernah aku rasa.Pada suatu petang sedang aku melihat seorang rakan ku membaiki motorsikalnya di rumah.Bukan apa aku saja-saja je sebok menyebok kat situ.Orang kata buat semak..Aku tengok je bukan aku tahu pun.. Hahaha.. "Ey rip,kau pergi kedai kejap boleh..Belikan aku air." rakan ku berkata.. "Naik apa?" aku pula menjawab.. "Tu ha motor aku ada,kau naik je.." Masa tu aku tak berapa mahir menunggang motor.. "Malas aku." Hahaha.. Tu ayat kalis je.. Pastu ada la mamat ni rakan aku juga tiba-tiba boleh menyampukk.. "Kalau kau nak tahu dia ni tak berapa pandai sangat bawak motor." .. "La iye ke.Bukan susah pun.Kau naik,masuk gear,jalan..dah boleh." .. Perghh...Punya la begang,dia boleh kantoikan pulak..Grrrrr.. Malu aku masa tu.Dan tanpa memikirkan sesuatu kesannya dengan jiwa yang bergelora dek kerana malu.. Aku... "Ok la bagi aku duit.Aku pergi beli..Tapi seorang teman aku la." Jadikan cerita,rakan ku yang membegangkan aku tadi teman aku pergi kedai.. Start motor mcm biasa.. Vrooooommmmmm!!! Hahaha..Hidup...Aku bangga..Masuk gear,Pap! dan memulas pemulas gear dengan perlahan.. Bergerak..Yeahh aku mampu menunggang motorsikal..Akhirnya aku sampai ke tempat yang di tuju..Bukan jauh pun depan taman je..Selepas tu aku pulang semula dengan menunggang motorsikal itu lagi.. sewaktu perjalanan pulang "Kau sebenarnya boleh bawak motor tapi kau saja je cakap tak boleh." Aku pula hanya tersenyum.. Tak tahu dalam hati berkata.. "Baru kau tahu.." Bila sampai di satu simpang tiga sewaktu aku mahu selekoh ke dalam taman perumahan..Ada sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di situ menunggu selepas laluan aku untuk bergerak..Kelihatan seorang amoi yang sangat cantik sedang memandang aku juga..Aku terpesona lalu aku melihat amoi tu tanpa melihat laluan aku .. "Ehhh.. Ehhh... ripppppppppp.." Gedegang..!!!!  Motor aku terus ke bahu jalan..Hahaha. Memang malu aku buat kali ke duanya. Ketika tayar depan naik ke atas bahu jalan..Aku memandang ke belakang kelihatan Mercedes Benz masih disitu..Jika Mercedes Benz masih di situ sudah tentu amoi masih laig di situ.Lantas dia menurunkan cermin sisinya dan berkata. "You okey tak?.." Nampak nya amoi itu mengambil berat. "Sini la naik i bawak you pergi klinik." Ohh.dia offer pulakkk.. Rakan ku menyampuk lagi.."Eh amoi tak apa-apa.Okey ni.." .. "Betul ni you okey." Aku dengan tergamam dan terpesona hanya mampu tersengih je. "Betul ni.." Amoi tu berkata lagi.. "Betul amoi okey ni." rakan ku menjawab lagi..Lalu Mercedes Benz itu pergi dengan melemparkan senyuman yang manis sekali.. Kita berdua hanya melihat terpesona di atas motor yang tayar hadapannya masih lagi di atas bahu jalan.. END.


Search Results

1 ulasan: