Halaman

Sabtu, 27 Ogos 2011

Raya datang yeaaaaa!!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Pertama sekali saya ingin bersyukur atas limpah kurniaNya,sekali lagi saya diberi peluang untuk menyambut Ramadhan dan juga Menyambut kedatangan Syawal utk sesi 2011 ini.Bersyukur kerana masih bernafas untuk melihat meriahnya hari raya pada tahun ini..

Raya,raya,raya.. Semua orang pikir raya. Saya? saya,saya,saya pun begitu juga.. Hahaha.. Merdeka? macam ta rasa merdeka lah.Tapi semangat nak kibar jalur gemilang tu tetap ada jangan risau.Bendera Malaysia terpacak besau kat rumah tu.Tinggal nak ditiup angin jek,baru nampak cun.. Ehhh sory siket beli lah tak ada curi punya..Itu dulu masa kecik nakal-nakal.Masa nak merdeka mula la buat operasi Ops tanggal bendera yang telah ada.Hahaha. Bukan dirumah orang tapi di tepi jalan.. Alahh senang nak paham macam kat tepi-tepi jalan taman nanti persatuan taman diorang pacak lah bendera tepi simpang masuk ke taman diorang..Nak menyatakan yang taman diorang semangat merdeka.. Konon-konon je lahhh..Apa lagi bendera baru..Kasi tumbang la bendera pacak tu..Tetibe.Woiiiiii !!!! apa lagi kasi cabut lahhh.. Hahahaa.. Sory makkk itu dulu sekarang dah boleh pikir mana elok dan mana tak..Hehehe.. Time tu lah kat rumah banyak gila bendera.Kecik besar semua ada sampai da tak tau nak letak mana.Last-last idea kreatif sangat habis tampal kat pasu bunga mak.Pastu mak biseng.. Angahhh! bendera banyak sangat ni kau amek dari mana..? Punya dosa besar tipu mak..Tak mak kawan,abah dia jual bendera banyak tu yang dia kasi lebih.. Kikiki.. teruk betul! Dulu lahhh.. Hehe..

Raya lahh,jangan asyik dengar pasal aku cerita merdeka jekk.Sekarang raya dulu.Selang esoknya merdeka..Masa tu baru boleh aku cerita pasal merdeka.Macam mana Jepun datang serang Malaysia.Komunis bersarang dimalaysia.Lagi penentangan terhadap mereka.Aku nak cerita? Tu semua?? Hahaha .. Tipu jekk.. Okey-okey aku nak kasi korang dengar satu lagu ni.Alaa lagu raya laaa...Mesti korang pernah dengar punya.Best lagu nih.. Jeng..jeng..jenggg... cekidaw..


Meh ler nyanyi sama-sama.Aku da siap bubuh lagi lirik bagi meringankan korang untuk menyanyi.Bagi yang tak tahu baca tu boleh la jemput ibu,ayah,adek,kakak,abang, dan juga jiran sebelah,cina india pun takpe.

Selamat Hari Raya
Hari suci mulia
Kepada muslimin muslimat
Semoga aman bahagia

Maaf zahir dan batin
Halal makan dan minum
Kepada teman dan saudara
Semoga panjang umur

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Hari suci mulia
Hari suci mulia

Saling kunjung-mengunjung
Erat silaturrahim
Kepada semua umat
Semoga diberkati

Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya

Penyanyi / Artist : Sudirman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan