Halaman

Rabu, 22 Disember 2010

Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar


Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak 


Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam


Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…

Khamis, 25 November 2010

Saya suka kucing! meOw...

"Erghhhh.. Geram betul lihat kucing ni posing.. hahaha.. Kalau aku dapat sudah tentu kau aku buat masak 3 rasa.."

Mengapa aku suka kucing yer.Tak tahu lah mungkin kerana sifat kucing itu membuatkan aku tenang kot..Tengok lah kucing tu bukan main relax lagi..Ingat apa,Konon comel lah dia buat macam tu..Sekali gua terajang,beguling-guling..Hahahaha.. Gerammm...

Selasa, 9 November 2010

Cerita yang aku copy..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


KARANGAN BUDAK UPSR..



Selasa, 2 November 2010

Soalan lucah!

Hua..hua..hua.. Permulaan untuk bercerita. Ok,sekarang aku nak cerita.Ceritanya begini.Pada waktu petang yang cerah dan sejuk.Haa..sebab apa aku kata sejuk.Mesti korang hairan kan.. Sebab aku duduk dlm office yang sejuk..Itu pasal aku kata sejuk.Ok,dalam riuh-riuh buat kerja.Seorang kawan aku ni la,dia membuka soalan sambil tergelak-gelak.. Soalan itu di tujukan kepada Kak Siti.. "Akak,akak.. Ada soalan ni.Soalan suka-suka je lah.Bukan nak lucah.Untuk ketawa-ketawa jek" member aku berkata sambil menahan gelak. "K,dalam hutan kalau kita terjumpa taik manusia kan.Nak beza kan antara taik lelaki dengan taik perempuan macam mana?" Akak Siti ketawa sambil memandang member aku dengan tanpa kata..Rasanya akak Siti tak dapat jawap kOt.. Hahahaha.. aku dengan yang lain dah ketawa.Sebab aku penah kena..Haha.. Soalan itu di ajukan kan pun semua dah tergelak bila dengar perkataan "taik".. Ada yang tengah makan pulak tu.. Hahahaha.. Member mngunyah dengan mood yang tak selera..Selekeh! Mesti korang nak tahu jawapan nya kan? MESTI LAH! hahaha.. mungkin itu yang terkeluar dari kata hati korang kOt.. Ok,sambung cerita tadi. "Dah, ? tak dapat jawap kan? Senang jek,taik lelaki taik dia ada dekat situ tapi air buangan nya jauh 15cm di hadapan mengikut pembaris sekolah.Kalau perempaun taik dia dekat situ air buangan dia pun kat situ di kelilingi sisa buangan." Ok,kita berhenti dan memikirkanya sejenak.Mesti korang dapat imagine kan. ? Ish..ish..ishhh... jauh betul pembayang dalam pale hotak korang..  Hahahaha.. Satu bilik ketawa riuh setelah mendengar jawapan.Yang lelaki bab macam ni suka.Ketawa bagai nak rak.Bagi perempuan pula ketawa sambil tersipu malu..Elehhhhh.. menyanpah! Hahahaha..


PERINGATAN ; JANGAN BACA JIKA KURANG SELERA!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Terima kentut..

Ini cerita berlaku di office tempat aku kerja.Pergi kerja seperti biasa.Seawal 7.30am..Setelah parking kereta di tempat letak kereta..Aku terus naik office bertemu kawan-kawan yang boleh di katakan mereng-mereng semua.Sampai orang atasan pun kenal kitaorang..Hebat kan..Gelak skit. Hahaha.. Ok sambung ballik cerita tadi..Duduk di dalam office dengan angin aircond yang kuat..Dalam suasana yang tenang.Seorang daripada rakan kami berkata "Weh-weh,aku nak kentut ni!" Put!! comel je bunyi nya kan.. selang sesaat kemudian.. "PErghh..Bau naik,bau naik.." Hahahaha.. tuan empunya kentut itu berkata dan ketawa dengan megahnya.. Haha.. blah..blahh.. kitaorang pun lari dari kawasan yang mendatangkan kemudaratan pada deria bau.. Yurck! Bau telur..Hahaha..Mula kecoh satu tempat.. "Siapa kentut ni,selekeh la korang ni." Kata-kata dari seorang akak yang terhidu bau melantOng itu. Tiba-tiba! "Uhukk. uhukkkkk.. Uwwekkkk.." Seakan bunyi orang nak muntah.Kitaorang pun toleh ke arah bunyi itu.. Hahahaha.. Dengan muka merah,mata berair seakan terhidu gas toksik yang merbahaya.Tapi memang betul lah,Bau dia payet! nak muntah aku..Haha.. akak yang seperti orang  sakit itu,meluru laju ke pintu untuk mendapatkan oksigen bersih dari luar.Lalu ke toilet untuk melepaskan saki baki muntah yang terkandung.. Hahaha.. bongOk!

Khamis, 14 Oktober 2010

Alaaaa....

"Alaaa ibu ni..tak nak lah pergi kedai depan tu.Ada banyak anjing.Ehek..Ehek.."

Korang boleh dapat agak tak kalau memek muka orang macam ni tengah macam mana ? Paham tak.. Mesti korang paham nya kan.Sebab aku cakap pun dalam bahasa ibunda..Tapi kan aku nak story dengan korang semua.Tapi sumpah eah.Boleh tak sumpah korang semua dengan aku..? oK kira sumpah lah..Tade,tade..Kira sumpah jugak..Shhhhhhhhh....Ada orang cakap aku cute! Alahai,dah hagak dah.Mesti korang tak percaya punya..

Selasa, 12 Oktober 2010

Pasti...

Hye kawan-kawan.Lama sudah aku tak mengarang.Pasti korang rindu nak baca apa yang ingin aku tulis kan.Hahaha..Aku memang suka perasan..Banyak kerja yang perlu aku lakukan.Sampai tak ada masa nak online.Tak apa,nanti bila ada masa aku akan kembali mengarang.. hahahahaa..