Halaman

Khamis, 17 Februari 2011

Wajah baru..

Tada...!! Kini blog ku berwajah baru lagi berseri.. Cantikan.. Cantikan.. Hahahaa.. Lebih mudah untuk di baca.Lebih terang dari segi peglihatan.. Warna-warni lagi.. Macam candy.. Jika ada sesiapa rasa nak jilat sila la menjilat screen anda.. free je. Tanpa ada bayaran atau cagaran.. Cuba-cuba dan terus mencuba tau.. Hahaha..


Selasa, 15 Februari 2011

Terkenang-kenang..

Yang ini cerita zaman kenakalan teragung aku.Bila di ingat balik peristiwa ni.Sumpah dengan sendiri nya tergelak di hadapan keluarga.Dan tiba-tiba ada la suara yang menyumbangkan suara nya.. " Ko pehal .. Gilerr,senyum sorang-sorang..?? " Suara itu datangnya dari kakak ku.Aku cuma mampu mengelengkan kepala ku mngatakan tiada apa-apa.. Dengan tanpa menyumbang kan apa-apa hanya mnyumbangkan suaranya kepada ku,lalu kakak ku berlalu.. Patutnya sumbangkan la duit ke apa ke kan..Sedap sikit aku senyum seorang-seorang..Bayangkan lah tengah sengih seorang-seorang.. Tetttttt.. Korang bayangkan la sendiri.Malas aku nak imagine kan jalan cerita untuk korang.. Hahaha.. Ok-ok ..Sambung cerita..Kisah nya bermula.. (Mesti korang tak sabar nak baca kan.) Hahahaha..

Kisah ini bermula di malam hari.Waktu tu aku masih bersekolah menengah lagi..Aku ada syok kat satu minah ni..Dulu kala la masa tu..Rumah dia berhampiran je.Kira sebelah taman..Pada satu malam yang lupa tarikhnya.Aku dan sekumpulan kawan-kawan ku lepak di tapak teratai.Tapak teratai tu adalah tempat untuk bersantai bagi penduduk di situ..So kitaorang pun duduk di situ tanpa hala tuju masa hadapan..Lepak bercerita,menyanyi bersama-sama,gelak ketawa..Burung-burung pun berkicauwan turut sama gembira.Tetttt! tu tipu lah..Hahaha. Ok sambung balik..Tiba-tiba salah seorang kawan bersuara.. "Weh rep,apa kata kita pergi kacau rumah Natasya jom..! " .. Sekumpulan kawan-kawan ku menyahut gembira... "Jom.Jom.Jomm..." Kalau benda bukan-bukan memang laju..Dan aku Jom aje..Hahaha..Kitaorang pun bergerak ke lokasi yang telah dirancang.. Berjalan dengan nada perlahan tanpa ada bunyi.Bintang-bintang penuh di langit dan bulan terang malam itu menguatkan lagi semangat aku untuk ke sana.. Kian hampir dengan lokasi.Suasana sunyi dan masing-masing memandang ke kiri dan ke kanan..Tiada apa-apa kelibat mahupun bunyi..Hanya sunyi di sekeliling.. Berhadapan kami ada dua buah kereta parking di situ berhadapan rumah Natasya.. Selangkah kami kehadapan di situ. Gong..! Gong..! Gong..! Dengan secara tak semenanya dua ekor anjing dari bawah kereta tu keluar.Anjing itu bukan mengejar kitaorang tapi jugak berlari melihat kitaorang..Apa lagi kitaorang berlari jugak lah.Sama-sama lari.Bagus..Hahaha.. "Babi nye hanjing." Aku mencarut. Dah binatang tu anjing di gelarkan babi pula.Haa..itu la tabiat masyarakat kita bila mencarut..Hahaha.. Kalau boleh elakan.Jikalau saat genting seperti tadi tak apa mencarut.. Hahaha..Bayangkan la sekumpulan manusia yang berjalan rapat bersama-sama seperti mahu merompak berlari lintang pukang secara tiba-tiba.Tak ke ada yang jatuh masa tu.Memang kelakar..Hahaha..Sambung balik cerita tadi.. Kitaorang sudah pun berada di dua buah kereta tersebut.Terbahagi kepada dua kumpulan..Satu bahagian di sebelah sana dan satu lagi di sebelah sini di sebalik kerata itu.Kitaorang pun memanjangkan leher menjengah rumah Natasya tu.Lampu kelihatan terang di rumahnya..Apa lagi dengan terburu-burunya kitaorang memanggil serentak.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Suara memecah hening.. Tiada tindak balas.Ulang lagi sekali.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Pap!! dia menjengah,aku kenal susuk tubuh tu yang menjengah di balik pintu..Itu la Natasya.. Aku gembira.. "Natasya.. Natasya keluar dow.." Aku menunduk dan kawan aku pula menjengah.. "Ha'a dow..Pakai baju tidur.Cumil.." kawan ku berkata..Turn aku pula menjengah.. "Alamak dah masuk.macam mana?" Aku melihat rakan yang lain.Semua mengelengkan tapak tangan.. "Kita panggil lagi sekali." Kata aku..Semua menganggukan kepala tanda setuju.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Tiada tindak balas.. Lagi sekali.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Tiada tindak balas..Yang terakhir kata ku.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Pap!!! dia menjengah,aku kenal susuk tubuh tu yang menjengah di balik pintu..Itu la bapak dia. Aku panic! "Shit.. Bapak dia dow.." dan kawan ku pula berkata.. "Mana-mana??" sambil menjengah.. "Ha'a,macam mana ni.? Bapak dia da keluar tu.." Masing-masing panic.Semua da takut..Dalam suasana kelam kabut tu.Salah seorang kawan kitaorang berlari ke salah satu kereta di sebelah. Dia berlari laju dan tunduk,  tap! "Eh aku terpegang apa ni." Suara kawan ku. Apabila di suluh dengan lampu handphone..Eeeee..Taik! Hahahaha.. Gelak sambil cover-cover kitaorang.. Apabila bapak si Natasya tu masuk..Kitaorang pun beredar dari situ dengan gelak ketawa.. Hahaha.. Dalam perjalanan pulang tu..Aku berkata kepada kawan ku yang malang tu. "Weh,ko tak basuh eh?" .. "Tak,aku kesat je kat tanah pastu nanti balik aku basuh la.." .. "Eeee..Kan taik hanjing tu!" .. "Otak kaw..Taik kucing gila.." .. "Baik kau samak.." Hahahaha.. dan tak habis2 dia tak menafikan kata-kata aku itu.. Jadi sampai sekarang apabila jumpa kawan aku tu .. "Tangan kau dah samak belum? Solat tak sah kau tahu.." Hahaha.. END.

Selipar..

Bila bersosial di alam maya ni.Kekadang teringat pulak peristiwa-peristiwa yang tak boleh di lupakan lah.. Masa ni lah teringat kat kerenah kawan ni apabila dia suruh aku pergi ke kedai.. 


Sewaktu tu aku lepak bersama teman-teman ku di sebuah taman.Waktu menunjukan sudah masuk pukul 12 pagi.Suasana sunyi tanpa ada apa yang nak di takutkan.. Sebab kami la hantu di situ. 


Apabila seorang kawan menyuarakan rasa keluh hatinya..


"Alamak,habis pulak air aku ni.. Haus nih.."


Aku.. "Aku baru nak mintak sikit..Haus jugak ni..Adoi."


"Apa kata kau pergi beli.."


Aku. "Aku? aku kena pergi beli..?"


"Ye lah..Aku bagi pinjam selipar aku."


Tergelak seketika aku.Ingatkan nak bagi pinjam motor ke apa.Ini selipar..Aku pun pakai la weh kat kaki.. Hahaha..



Ahad, 13 Februari 2011

Tiba-tiba teringat dekat otak!


Lihat la otak itu.Jika sekali dipandang nampak seninya.Sebenarnya otak kita ini berfungsi bukan sebagai otak sahaja.Eh macam mana tu ye.Mudah kata,bukan sekadar menggerakan segala pergerakan tubuh kita.Tapi boleh juga di jadikan sebagai icon seni.Ramai pereka atau pencipta seni yang menghasilkan karyanya dengan mengunakan organ manusia seperti otak.Bukan senang nak lukis otak ni.Kalau tak pandai silap-silap boleh jadi usus.Tak pecaya? Cuba buat,dan tafsirkan sendiri lukisan itu..Dijamin bukan sekadar usus..Benda kejadah lain pun boleh terhasil tanpa apa yang di fikirkan..Itu lah otak. Haha.. Tapi apa yang menyelerakan tentang otak ni adalah otak-otak! (Ada kena mengenakan ke?) ... blup..blupp..

Sabtu, 12 Februari 2011

Pernikahan..



Lama betul aku tak mengarang dlm ni.Bukan apa aku asyik sibuk dengan hal-hal harian.Bila orang sekeliling jumpa saja muka aku.Ada lah soalan yang di ajukan kepada aku. "Lama tak update blog." dan aku "Oh,busy la." .. Aku tahu korang rindu dengan kata-kata aku yang mencarut ni.Cewah..Perasan la pulak kan.. Vomit..Vomit.. Hahaha.. Ok-ok.. Sekarang aku nak bercerita tentang pernikahan sepupu aku..Memang meriah la.Di tambah lagi aku menjadi second cameraman.Ini yang nak khabar dekat korang semua ini..Kalau nak tahu first camera adalah seorang gadis. Hahaha.. Begitu gatal sekali aku masa tu.Ada juga la snap-snap curi punya.Ala-ala paparuzzi gitu..Yang best nya aku dapat bergambar dengan camera girl tu.Ohhh syokk nya.. ngeee...

Rabu, 19 Januari 2011

Video apa ni?


Maaf la.. Oleh kerana telah di muat turun ke dalam blog ni.. Mp video ini kurang memuaskan..

Video ini telah di rakam oleh salah seorang sahabat ku yang sengal.Dengan secara tidak sengajanya aku terus melayan.Maka tercipta lah satu hak cipta terpelihara yang konon-kononya unggul..



Rabu, 22 Disember 2010

Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar


Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak 


Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam


Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…