Halaman

Khamis, 7 Julai 2011

Kasut?

Siri perbualan aku dan rakan ku..

Suatu ketika di kedai kesemuanya menjual kasut..


Aku ; Eyshhh,kedai kasut lagi.apa lagi yang kau cari ni?

Rakan ; Diam lah kau,cari kasut lah.Tak nampak apa kasut depan mata kau.

Aku ; Aku nampak kasut.Bila dah dekat kedai kasut.Gaya kau ni mcam nak beli kaki lekat kat muka kau satu.Semua kedai kau masuk.Belinya tidak..


Rakan ; Aku nak cari kasut sesuai lahhh..


Aku ; cepat lah tanya budak tu..


Rakan ; Dik,mari sini..Boleh mintak saiz 28?


Kesemua blur setelah mendengar sejumlah bilangan yang besar,termasuk lah pekerja di situ..


Lalu aku mnyambung...


Aku ; Eh,kau nak buat apa dengan kasut besar tu.Mana ada..Gila apa.


Rakan ; Nak buat sarung dekat kepala kau! agak-agak muat?


!@#$%^&*.... 



Oh Blog.

Alahai,sekarang ni makin malas pulak rasanya nak update blog.Cerita banyak tapi tu lah,oleh kerana malas yang kian menebal.Aku sekarang jadi pemalas..Sini tempat aku merepk je.Lantak la siapa nak baca.Nak cakap blog aku ni bodoh-bodoh ke apa.Lantak lah..Blog aku,bukan kau.Kau ada macam aku punya? Tak ada kan.Jadi duduk diam-diam..



Ahad, 5 Jun 2011

Aku bukan malas..

Aluha kenkawan..Haha..Lama tak jumpa kan.? Biasa lah orang busy kan.Lama sungguh tak update blog ni.Bukan apa,cuma tak ada masa untuk ini semua.Di tambah lagi dengan tahap kelajuan internet yang kurang memuaskan..Bertambah la lagi malas nak log masuk blog..Haha.


Maharaja Lawak - Minggu 10 - Sepah



Dari raja lawak dahulu aku memang suka sepah ni.Al maklum lah kan orang jb.Bukan nak banggakan orang jb lah.Atau nk menyinggung mana-mana pihak lah.Tapi dalam banyak aku bergaul dengan orang 1 Malaysia ni kan.Percakapan orang jb ni memang kurang di jangkakan.Ada yang mencarut,cakap entah bukan-bukan,meleweh,dan banyak lagi la.Tapi perkataan diorang bila terdengar auto nak tergelak..Sebab lawak..Contoh macam Sepah ni lah..Orang johor memang macam ini..ngeee...


Ahad, 20 Februari 2011

Kelakuan tidak bermoral..


Sila jangan tiru kelakuan yang tidak bermoral ini..

Hahaha.. Ok,gelak mesti di dahulukan.. Ehem..ehem.. Video ini di rakam sewaktu kitaorang perjalanan pulang dari Festival Layang-layang di Pasir Gudang Johor..Oleh kerana kat sekolah dulu kitaorang tak ada belajar subjek Pendidikan Moral cuma belajar Pendidikan Islam sahaja.Jadi ilmu moral dalam diri tu kurang.Maka dengan itu berlaku la kejadian yang tak bermoral seperti yang korang semua tengok di atas..Tentu korang tak pahamkan? Hahaha..Jadi dengan tujuan aku menaip ini adalah untuk melengkapkan lagi jalan cerita yang korang tak paham tu.Ceritanya begini Sewaktu pulang kitaorang ternampak la sekumpulan gadis-gadis belasan tahun berjalan untuk berjalan pulang kot.Ketika itu kitaorang dalam kereta.So kat situ aku memberi idea jahatku.. "Weh jom kita terperanjatkan budak-budak tu." .. "Kejap-kejap..Tunggu dia dekat kat sebelah..Keluarkan la camera kau,rakam..Tunggu traffic light hijau kita jerit..Pastu diorang tak cam.." member aku menjawab.. Selepas itu aku keluarkan camera dan setelah itu aku bersiap sedia untuk merakam aksi kejutan itu.. So jadi la video seperti di atas.. Satu..dua...tigaaa.... "ENTAH LAH..!!" Dengan nada yang kuat dan lantang! mahukan tak ada sesiapa yang terkejut dengan tiba-tiba.. Cuba korang buat,tengok apa kesannya..ok sambung balik. Sewaktu tu lampu hijau,kitaorang suka dapat kenakan orang..Tapi tu lah kebesaran tuhan..Bila turn kitaorang nak sampai kt line berhenti di hadapan lampu merah menyala pulak... Hadoi.. Tu yang keluar perkataan.. "Mati kita wan..mati kita wan.." Hahaha.. Sebab apa,nak tahu.Nama Wan member aku yang drive tu..Jadi masa mula plan tu kena tunggu lampu hijau,bila bergerak kitaorang nak jerit perkataan "ENTAH LAH!" dengan kuat kat budak-budak tu..Bila lepas ingatkan nanti budak-budak tu tak cam la kononnya..Kejap lagi tak lepas traffic light dah merah..Hadoi..Mati lah..Hahaha.. Begang beb..Budak perempuan tu lalu kitaorang buat tak tahu je..Tak toleh langsung kat budak tu.. Hahaha..



Jumaat, 18 Februari 2011

Motor dan Amoi..

Hahaha.. Yang ini satu peristiwa paling seronok dan rugi pernah aku rasa.Pada suatu petang sedang aku melihat seorang rakan ku membaiki motorsikalnya di rumah.Bukan apa aku saja-saja je sebok menyebok kat situ.Orang kata buat semak..Aku tengok je bukan aku tahu pun.. Hahaha.. "Ey rip,kau pergi kedai kejap boleh..Belikan aku air." rakan ku berkata.. "Naik apa?" aku pula menjawab.. "Tu ha motor aku ada,kau naik je.." Masa tu aku tak berapa mahir menunggang motor.. "Malas aku." Hahaha.. Tu ayat kalis je.. Pastu ada la mamat ni rakan aku juga tiba-tiba boleh menyampukk.. "Kalau kau nak tahu dia ni tak berapa pandai sangat bawak motor." .. "La iye ke.Bukan susah pun.Kau naik,masuk gear,jalan..dah boleh." .. Perghh...Punya la begang,dia boleh kantoikan pulak..Grrrrr.. Malu aku masa tu.Dan tanpa memikirkan sesuatu kesannya dengan jiwa yang bergelora dek kerana malu.. Aku... "Ok la bagi aku duit.Aku pergi beli..Tapi seorang teman aku la." Jadikan cerita,rakan ku yang membegangkan aku tadi teman aku pergi kedai.. Start motor mcm biasa.. Vrooooommmmmm!!! Hahaha..Hidup...Aku bangga..Masuk gear,Pap! dan memulas pemulas gear dengan perlahan.. Bergerak..Yeahh aku mampu menunggang motorsikal..Akhirnya aku sampai ke tempat yang di tuju..Bukan jauh pun depan taman je..Selepas tu aku pulang semula dengan menunggang motorsikal itu lagi.. sewaktu perjalanan pulang "Kau sebenarnya boleh bawak motor tapi kau saja je cakap tak boleh." Aku pula hanya tersenyum.. Tak tahu dalam hati berkata.. "Baru kau tahu.." Bila sampai di satu simpang tiga sewaktu aku mahu selekoh ke dalam taman perumahan..Ada sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di situ menunggu selepas laluan aku untuk bergerak..Kelihatan seorang amoi yang sangat cantik sedang memandang aku juga..Aku terpesona lalu aku melihat amoi tu tanpa melihat laluan aku .. "Ehhh.. Ehhh... ripppppppppp.." Gedegang..!!!!  Motor aku terus ke bahu jalan..Hahaha. Memang malu aku buat kali ke duanya. Ketika tayar depan naik ke atas bahu jalan..Aku memandang ke belakang kelihatan Mercedes Benz masih disitu..Jika Mercedes Benz masih di situ sudah tentu amoi masih laig di situ.Lantas dia menurunkan cermin sisinya dan berkata. "You okey tak?.." Nampak nya amoi itu mengambil berat. "Sini la naik i bawak you pergi klinik." Ohh.dia offer pulakkk.. Rakan ku menyampuk lagi.."Eh amoi tak apa-apa.Okey ni.." .. "Betul ni you okey." Aku dengan tergamam dan terpesona hanya mampu tersengih je. "Betul ni.." Amoi tu berkata lagi.. "Betul amoi okey ni." rakan ku menjawab lagi..Lalu Mercedes Benz itu pergi dengan melemparkan senyuman yang manis sekali.. Kita berdua hanya melihat terpesona di atas motor yang tayar hadapannya masih lagi di atas bahu jalan.. END.


Search Results

Suatu hari nanti...

Apa yang aku ingini harap 2011 ni memberi makna.. Aku gembira bersama keluarga..Kawan-kawan sentiasa membuat aku ketawa..Terima kasih kawan-kawan..Aku sayang pada semua kawan-kawan.. Kawan datang bak cendawan tumbuh lepas hujan.Aku seronok..Sekarang percaturan semula kehidupan..Kerana ingin aku tinggal kan zaman nakal ku..Tapi orang cakap aku makin nakal.Mengarut entah apa-apa..Hahaha.. Oups.