Ini cerita berlaku di office tempat aku kerja.Pergi kerja seperti biasa.Seawal 7.30am..Setelah parking kereta di tempat letak kereta..Aku terus naik office bertemu kawan-kawan yang boleh di katakan mereng-mereng semua.Sampai orang atasan pun kenal kitaorang..Hebat kan..Gelak skit. Hahaha.. Ok sambung ballik cerita tadi..Duduk di dalam office dengan angin aircond yang kuat..Dalam suasana yang tenang.Seorang daripada rakan kami berkata "Weh-weh,aku nak kentut ni!" Put!! comel je bunyi nya kan.. selang sesaat kemudian.. "PErghh..Bau naik,bau naik.." Hahahaha.. tuan empunya kentut itu berkata dan ketawa dengan megahnya.. Haha.. blah..blahh.. kitaorang pun lari dari kawasan yang mendatangkan kemudaratan pada deria bau.. Yurck! Bau telur..Hahaha..Mula kecoh satu tempat.. "Siapa kentut ni,selekeh la korang ni." Kata-kata dari seorang akak yang terhidu bau melantOng itu. Tiba-tiba! "Uhukk. uhukkkkk.. Uwwekkkk.." Seakan bunyi orang nak muntah.Kitaorang pun toleh ke arah bunyi itu.. Hahahaha.. Dengan muka merah,mata berair seakan terhidu gas toksik yang merbahaya.Tapi memang betul lah,Bau dia payet! nak muntah aku..Haha.. akak yang seperti orang sakit itu,meluru laju ke pintu untuk mendapatkan oksigen bersih dari luar.Lalu ke toilet untuk melepaskan saki baki muntah yang terkandung.. Hahaha.. bongOk!
Jika sesiapa ada yang terasa dengan kata-kata yang telah di catat di sini.Mohon agar maafkanlah.Sebagai manusia yang tidak sempurna segala kekurangan akan terlempar pada zahirnya.Kadang kala akan terlepas daripada panca indera mata kasar,dan sempurnanya sesuatu bagi kita tidak akan ada yang lebih sempurna dariNya..
Jumaat, 15 Oktober 2010
Khamis, 14 Oktober 2010
Alaaaa....
"Alaaa ibu ni..tak nak lah pergi kedai depan tu.Ada banyak anjing.Ehek..Ehek.."
Korang boleh dapat agak tak kalau memek muka orang macam ni tengah macam mana ? Paham tak.. Mesti korang paham nya kan.Sebab aku cakap pun dalam bahasa ibunda..Tapi kan aku nak story dengan korang semua.Tapi sumpah eah.Boleh tak sumpah korang semua dengan aku..? oK kira sumpah lah..Tade,tade..Kira sumpah jugak..Shhhhhhhhh....Ada orang cakap aku cute! Alahai,dah hagak dah.Mesti korang tak percaya punya..
Selasa, 12 Oktober 2010
Pasti...
Hye kawan-kawan.Lama sudah aku tak mengarang.Pasti korang rindu nak baca apa yang ingin aku tulis kan.Hahaha..Aku memang suka perasan..Banyak kerja yang perlu aku lakukan.Sampai tak ada masa nak online.Tak apa,nanti bila ada masa aku akan kembali mengarang.. hahahahaa..
Ahad, 26 September 2010
Rabu malam raya yang ke-6.
Tepat jam pada pukul 8.35pm.Lokasi di shell berhadapan jalan di Kampaung Pasir.Aku parking betul-betul sebelah tempat isi minyak,tapi tak isi pon.Sahaja jek letak situ.Sebenarnya nak usha line.huhuhu..Yang di janjikan perjumpaan pada pukul 7.30pm,tapi melarat sampai pukul 8.30pm.Yang paling lambat aku lah.Hahaha..Aku duk usha mencari-cari mana la si Baer ni.Baer adalah kawan aku.Dia seorang saja yang aku kenal.Yang lain dah tak kenal kot.Pasal sudah besar-besar belaka.Segan nak tegur member sekolah rendah.Nak di jadikan cerita banyak lah kereta parking dekat situ.Kereta semua maju-maju.Masalah nya kereta mak bapak.adeh..Kalau kerata sendiri memang aku tabik spring nyer..Zasss.. Baer muncul di sebelah aku.Sory-sory lambat.ada hal sikit.Degan muka menahan sakit.Tapp..Terus membuka pintu kereta dan masuk."Lambat ko Baer pergi mana?" Aku bertanya."Ada hal skit" Baer menjawab.. Aku berkata lagi "Kita nak ikut kereta yang mana ni." .. "Kau ikut je kereta depan tu." Baer menjawab. "Ok",aku berkata.. Kami pun memulakan perjalanan dengan mengekori kereta di hadapan.Kelihatan di belakang ada juga kereta mengekori. Jeng,jeng,jengggg.. kelihatan sendat dengan awek-awek dalam tu.Hahaha.. Adeh.. Mula lah aku miang. Dalam tika perjalanan saat itu,Baer bersuara dengan tiba-tiba."Tadi aku excident,sebab tu aku lambat." .. "Huh,kau biar betul." kata ku. "Dekat mana kau excident?" .. "Dekat taman U." Baer menjawab. "Biar lambat asal selamat." kata ku lagi.. Tappp.. Tiba-tiba kereta di hadapan ku berhenti ke kiri sisi jalan.. Aku memasang signal ke kiri. Ketikkk.. Ketikkkkk..berbunyi. Tapp.. Aku mematikan..Bising betul bunyi nyer.. Di hadapan kereta yang aku ekori tu ada lagi kereta sebenarnya. Kelihatan seorang wanita muda keluar dari kenderaan.Manis orang nye.Aku pegun seketika.. "Weh,ko tengok apa tu." Baer menyapa. Aku tersentak.. "Eh,macam lawa je gadis depan ni Baer." Biasa lah lelaki.Itu normal..Hahaha... Lupakan seketika,berbalik cerita tadi. Gadis itu menuju ke kereta depan aku yang aku ekori tadi.Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 30an keluar.Pakcik-pakcik juga lah..Kelihatan pakcik itu memandang aku dengan Baer dengan penuh curiga dan hairan.Setelah itu aku pun hairan.. "Baer,betul ke kereta yang kita ikut ni? Tak kan la bapak dia ikut sekali kOt." "Entah,aku pun tidak pasti." kata Baer.. Lalu Baer keluar dari kereta dan terus menuju ke kenderaan belakang menanyakan sesuatu.. Dengan muka selamber Baer berkata. "Weh,kita salah follow ni.".. Aduhhh.Aku menundukan muka dan pelan-pelan berkata. Cepat Baer naik,kita blah sekarang.Malu ni.." Aku pun pergi dengan kata-kata, "Maaf pakcik salah kereta." Hahahaa.. Baer yang cakap aku drive jek..Malu beb.. Dah la malu dengan awek di belakang.Tambah pula dengan gadis manis di hadapan tadi.Tapi tak apa la kan.Setiap peristiwa memalukan ada kebaikan.Mana la tahu nanti awek tu terserempak dengan aku lagi. "Eh,ni mamat mengong yang salah tu hari.Tak sangka makin ensem jugak mamat ni sekarang." Hahahahahahahahahahaa.. no komen!
Gambar Raya!
Lagi seminggu nak raya aku sudah letak gambar ni dekat facebook..Rahsianya aku hanya menggunakan camera VGA jek.Camera handphone.Bukan camera DSLR yang budak-budak sekarang kemaruk pakai..Apa macam? baik kan..Jika pandai menggayakan nya.Gambar boleh menjadi berkualiti..
Sewaktu ni aku beraya di rumah bekas cikgu sekolah aku.Yang mereka-mereka korang tengok tu adalah kawan sekolah rendah.Bayangkan lah berapa tahun tak jumpa.Punya la excited.Aku sorang jek.Yang lain tak pun.Yelah,sebab aku baru first time.Excited nak tengok awek-awek jek.Hahaha.. Tade lah..Nak juga tengok awek-awek sekolah rendah yang dulu nya comot-comot kini dah lawa..tak sangka pulak.. Fewittt.. hehe..
Rabu, 15 September 2010
Cerita lagi.Hahaha.
Mari mengarang lagi,hehe..Ini kisah sebelum raya terjadi..Nak cerita masa tu tak sempat..So mase free ini lah dapat mengarang.Masa tu aku ke Taman Universiti tunggu member aku nak hantar borang.Jadi aku parking betul-betul depan workshop kereta.Space sebelah aku kosong..Sehingga lah datang nya satu kereta Honda Civic warna hitam..Baru lagi weh.Aku tak pegun la tengok.Aku buat tak tahu jek.."Tap." Pintu depan terbuka.Kelihatan seorang anak muda keluar dari kereta dengan megahnya..Lantas dalam hati ku berkata. "Alah kereta bapak boleh ar plesing.." Kira ensem jugak lah budak tu..Terus dia menuju ke kedai berdekatan..Aku terus abaikan..Pasal aku tak heran.Lupakan seketika budak itu.Sekarang sebelah kereta aku kosong tak ada parking.Sebelahnya baru kereta budak tu..Jadi datang lagi kereta Honda civic lama..Makcik-makcik yang bawa.Aku servey juga,mana tahu ada anak dara dalam kereta tu kan..Boleh jual market skit..Tapi apa yang aku lihat hampa..Tak ada anak dara.Makcik tu sorang je.. Hurm..Pastu terus dia parking betul-betul sebelah aku.Aku buat bodoh jek.Sudah selesai makcik tu melaksanakan apa yang dia mahu selepas itu dia terus beredar..Selepas makcik tu keluar datang pulak Honda Civic warna hitam.Seakan kereta budak tu la.Memang sama,apa yang bezanya nombor flat je lah..Aku tengok dekat side mirror kelihatan kelibat budak tu. Aku tengokkan sahaja gerak geri dia.Jalan macam anggek' terus menuju ke pintu kereta."Ceh.." dia menggunakan kunci tidak menggunakan alarm.. "Krapp".."krappp"... hampir 4 kali juga lah dia tak dapat membuka pintu kereta.Dia mula cemasss... Aku tengok macam pucat.Nampak sangat tak biasa bawa kereta.Entah-entah curi-curi bawa kerata..Dia tengok kiri kanan tapi tanpa melihat belakang... ?? Dia try lagi sekali "Krapp" .. "Krappp" memusingkan kunci untuk membuka pintu tapi gagal..Budak tu berhenti seketika. "Tappp.." Seakan ada satu mentol bercahaya di kepala budak tu..Terus dia pandang belakang."Zassss..." Nampak seperti menarik nafas lega sambil tersenggih..Dan aku berpalingkan pandangan aku terhadap nya.Budak itu tersenggih sambil beredar dan menuju ke sebelah kereta itu.Membuka kereta dan terus beredar.. Tu lah...yang sebenar nya aku aku tahu kereta itu bukan kereta dia.haha..Aku saja jek..Sebelah aku ada dua kereta Honda sama parking.Tapi budak tu punya selang satu kereta sebelahnya.Kira sebelah Honda tu juga lah..Tu lah starting keluar pintu tak reti nak senyum.Ini buat muka anggek' dengan aku.Kalau tak awal-awal aku dah sound.. "Bro kereta lu sebelah sana." Malu tak malu kan.Hahahaha..Aku bantai gelak dalam kereta seorang macam apa!
Ahad, 29 Ogos 2010
kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah..
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Langgan:
Catatan (Atom)




