Sudah lama meninggalkan natang ni.Sibuk,sibuk dan terus sibuk..Jadi terlepas pandang pulak.. Haiyaaa..Takpe nanti ade masa aku akan menaip untuk memenuhi ruang blog ini.. Hahahaha.. Kepada yang berkenaan hajat anda sudah ditunaikan..Sekian terima kasih. Mohon maaf atas segalanya..
Jika sesiapa ada yang terasa dengan kata-kata yang telah di catat di sini.Mohon agar maafkanlah.Sebagai manusia yang tidak sempurna segala kekurangan akan terlempar pada zahirnya.Kadang kala akan terlepas daripada panca indera mata kasar,dan sempurnanya sesuatu bagi kita tidak akan ada yang lebih sempurna dariNya..
Sabtu, 11 Februari 2012
Sabtu, 27 Ogos 2011
Raya datang yeaaaaa!!!
Raya,raya,raya.. Semua orang pikir raya. Saya? saya,saya,saya pun begitu juga.. Hahaha.. Merdeka? macam ta rasa merdeka lah.Tapi semangat nak kibar jalur gemilang tu tetap ada jangan risau.Bendera Malaysia terpacak besau kat rumah tu.Tinggal nak ditiup angin jek,baru nampak cun.. Ehhh sory siket beli lah tak ada curi punya..Itu dulu masa kecik nakal-nakal.Masa nak merdeka mula la buat operasi Ops tanggal bendera yang telah ada.Hahaha. Bukan dirumah orang tapi di tepi jalan.. Alahh senang nak paham macam kat tepi-tepi jalan taman nanti persatuan taman diorang pacak lah bendera tepi simpang masuk ke taman diorang..Nak menyatakan yang taman diorang semangat merdeka.. Konon-konon je lahhh..Apa lagi bendera baru..Kasi tumbang la bendera pacak tu..Tetibe.Woiiiiii !!!! apa lagi kasi cabut lahhh.. Hahahaa.. Sory makkk itu dulu sekarang dah boleh pikir mana elok dan mana tak..Hehehe.. Time tu lah kat rumah banyak gila bendera.Kecik besar semua ada sampai da tak tau nak letak mana.Last-last idea kreatif sangat habis tampal kat pasu bunga mak.Pastu mak biseng.. Angahhh! bendera banyak sangat ni kau amek dari mana..? Punya dosa besar tipu mak..Tak mak kawan,abah dia jual bendera banyak tu yang dia kasi lebih.. Kikiki.. teruk betul! Dulu lahhh.. Hehe..
Raya lahh,jangan asyik dengar pasal aku cerita merdeka jekk.Sekarang raya dulu.Selang esoknya merdeka..Masa tu baru boleh aku cerita pasal merdeka.Macam mana Jepun datang serang Malaysia.Komunis bersarang dimalaysia.Lagi penentangan terhadap mereka.Aku nak cerita? Tu semua?? Hahaha .. Tipu jekk.. Okey-okey aku nak kasi korang dengar satu lagu ni.Alaa lagu raya laaa...Mesti korang pernah dengar punya.Best lagu nih.. Jeng..jeng..jenggg... cekidaw..
Hari suci mulia
Kepada muslimin muslimat
Semoga aman bahagia
Maaf zahir dan batin
Halal makan dan minum
Kepada teman dan saudara
Semoga panjang umur
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Hari suci mulia
Hari suci mulia
Saling kunjung-mengunjung
Erat silaturrahim
Kepada semua umat
Semoga diberkati
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Jumaat, 12 Ogos 2011
Kemerdekaan atau Aidilfitri?
Hey kawan lupa ke merdeka lahhh..Jangan asyik lupa dengan persiapan raya.Kemon lah,raya-raya jugak merdeka-merdeka jugak. Kalau jalur gemilang tu bole berkata tentu dia merajuk dengan rakyat malaysia yang tanak mengibarkan jalur gemilang..Yang aku tengok orang sebok mengecat rumah,menghias rumah,dan ada juga membasuh rumah.Bayangkan orang tu cat rumah berbelang seperti jalur gemilang.Agak-agak apa respon korang? tentu tersenyum dan buat muka ala-ala terkejutkan.. Haha.Siapa lah yang nak buat tu,memang cool! Okey try la korang bayangkan.Satu persiapan kemerdekaan ni di sambut seperti menyambut nya satu syawal..Yelahh,macam sekarang ni..Tentu menteri kita merasa sangat bangga kan.. Kiri kanan jalur gemilang macam ala-ala pilihan raya poster tertampal di mana-mana..Macam tu lah jalur gemilang.Tentu meriah.. Apa yang ada tahun ni.Apa yang aku lihat lah..Orang kurang kesedaran sekarang ni bulan kemerdekaan.Bendera pun tak ada di kibarkan..Macam sepi bulan kemerdekaan tahun ini..Yang penting raya! Hahaha..Sebenarnya apa yang aku cakap tu pasal diri aku sendiri.Lupa pada bulan kemerdekaan.. Raya yeaaa!!! Hahaha..
Ahad, 7 Ogos 2011
Wahhhh,menajubkan.Teruja doh aku tengok binatang tu di realiti kan..Kalau ada kat malaysia ni.Aku rasa aku salah seorang yang tak akan lepas kan peluang untuk merasai satu fenomena yang hebat ini.. Kuik.Kuik... Hahaha..comel. Contoh lah.. kalau kesemua itu aku punye..Sudah tentu aku attack rumah korang-korang semua..Hahahaha..First aku nak attack rumah musuh aku,(aku ada musuh ke? tak ada kot).Bayangkan kalau mende tu kena tepat rumah korang pastu runtuh..Mesti korang maki hamun punyakan.. Hahahaha.. awesome!
Isnin, 1 Ogos 2011
First puasa..
Bangun pagi duduk depan meja mengadap maggie panas yang telah di masak.. Allah humma..(Doa makan) Tetttttt..(bunyi keset rosak)..Hahaha..gurau jek..Ini cerita yang sebenarnya.. Arghhhhhhhh (mengeliat), waktu tepat menunjukan 10.45 pagi..Keadaan lemah dan tak biasa lagi dengan hari pertama puasa..Bila dekat rumah pagi-pagi bangun terus nak ke bilik air nak gosok gigi lagi.. eh bukan ke aku dah gosok gigi lepas sahur tadi,terlupa.Pastu macam nak minum air masak,lupa lagi nasib baik tak minum baru amik cawan je..Tu la pekara rutin yang aku buat tiap pagi..Sudah terbiasa kan.Lagi-lagi baru bangun tidur,mamai-mamai macam tu..First puasa memang macam ni ye kawan-kawan.Esok lusa dah biasa tak makan buka pun boleh tahan lagi..(tipu je tu).Ok hari ini pulak pekara apa yang perlu di buat yer..Berehat di rumah,buat-buat apa yang patut (padahal melepek je kat umah) pastu petang ke bazar mencari awek,oups' cari makanan.Menu kita hari ni makanan pelik-pelik..Pelik betul la orang Malaysia.Masa puasa lah baru nak tunjuk resipi makanan pelik diaorang.Hari biasa tak ada pulak..Itu lah keunikan,yang itu la aku suka.Lalalala..
Rabu, 27 Julai 2011
Berpuasa la kita!
huuuuu.. (mengeluh) ..Kini Ramadhan menjelang untuk sesi 2011..Dengar je puasa nak tiba mesti kepala otak aku pening..Maklum lah banyak pekara nak fikir..Nak puasa lagi nak raya lagi.Tapi kalau puasa sudah tentu best kan.Bila penat puasa tetiba petang je ada bazar..Dekat mana-mana ada bazar.Kita pulak naik pening nak pergi bazar yang mana satu.Time tu lah kita akan jumpa makanan yang pelik-pelik,memang rasa kelainannya dengan hari biasa..Apa pun aku suka Ramadhan! Tapi...Raya sehari dua je best,pastu da tak rasa raya.Masa kecik dulu boleh lah.Kini da besar mana nak rasa raya macam adik-adik kita sekarang ni.. Apa pun tak boleh.
Khamis, 7 Julai 2011
Semakin suka..
Aku sekarang ni tengah fanatik dengan game comel ni.Kalau aku sebut semua pasti tau..Angry bird,tau kan..Comel dow game ni.Lelaki perempuan pun main,tak kira..
Di antara binatang yang korang boleh pilih lah.Setiap binatang ada kelebihan masing-masing..Tak pecaya cer try..
Kasut?
Siri perbualan aku dan rakan ku..
Aku ; Eyshhh,kedai kasut lagi.apa lagi yang kau cari ni?
Suatu ketika di kedai kesemuanya menjual kasut..
Aku ; Eyshhh,kedai kasut lagi.apa lagi yang kau cari ni?
Rakan ; Diam lah kau,cari kasut lah.Tak nampak apa kasut depan mata kau.
Aku ; Aku nampak kasut.Bila dah dekat kedai kasut.Gaya kau ni mcam nak beli kaki lekat kat muka kau satu.Semua kedai kau masuk.Belinya tidak..
Rakan ; Aku nak cari kasut sesuai lahhh..
Aku ; cepat lah tanya budak tu..
Rakan ; Dik,mari sini..Boleh mintak saiz 28?
Kesemua blur setelah mendengar sejumlah bilangan yang besar,termasuk lah pekerja di situ..
Lalu aku mnyambung...
Aku ; Eh,kau nak buat apa dengan kasut besar tu.Mana ada..Gila apa.
Rakan ; Nak buat sarung dekat kepala kau! agak-agak muat?
!@#$%^&*....
Rakan ; Aku nak cari kasut sesuai lahhh..
Aku ; cepat lah tanya budak tu..
Rakan ; Dik,mari sini..Boleh mintak saiz 28?
Kesemua blur setelah mendengar sejumlah bilangan yang besar,termasuk lah pekerja di situ..
Lalu aku mnyambung...
Aku ; Eh,kau nak buat apa dengan kasut besar tu.Mana ada..Gila apa.
Rakan ; Nak buat sarung dekat kepala kau! agak-agak muat?
!@#$%^&*....
Oh Blog.
Alahai,sekarang ni makin malas pulak rasanya nak update blog.Cerita banyak tapi tu lah,oleh kerana malas yang kian menebal.Aku sekarang jadi pemalas..Sini tempat aku merepk je.Lantak la siapa nak baca.Nak cakap blog aku ni bodoh-bodoh ke apa.Lantak lah..Blog aku,bukan kau.Kau ada macam aku punya? Tak ada kan.Jadi duduk diam-diam..
Ahad, 5 Jun 2011
Aku bukan malas..
Aluha kenkawan..Haha..Lama tak jumpa kan.? Biasa lah orang busy kan.Lama sungguh tak update blog ni.Bukan apa,cuma tak ada masa untuk ini semua.Di tambah lagi dengan tahap kelajuan internet yang kurang memuaskan..Bertambah la lagi malas nak log masuk blog..Haha.
Maharaja Lawak - Minggu 10 - Sepah
Dari raja lawak dahulu aku memang suka sepah ni.Al maklum lah kan orang jb.Bukan nak banggakan orang jb lah.Atau nk menyinggung mana-mana pihak lah.Tapi dalam banyak aku bergaul dengan orang 1 Malaysia ni kan.Percakapan orang jb ni memang kurang di jangkakan.Ada yang mencarut,cakap entah bukan-bukan,meleweh,dan banyak lagi la.Tapi perkataan diorang bila terdengar auto nak tergelak..Sebab lawak..Contoh macam Sepah ni lah..Orang johor memang macam ini..ngeee...
Ahad, 20 Februari 2011
Kelakuan tidak bermoral..
Sila jangan tiru kelakuan yang tidak bermoral ini..
Hahaha.. Ok,gelak mesti di dahulukan.. Ehem..ehem.. Video ini di rakam sewaktu kitaorang perjalanan pulang dari Festival Layang-layang di Pasir Gudang Johor..Oleh kerana kat sekolah dulu kitaorang tak ada belajar subjek Pendidikan Moral cuma belajar Pendidikan Islam sahaja.Jadi ilmu moral dalam diri tu kurang.Maka dengan itu berlaku la kejadian yang tak bermoral seperti yang korang semua tengok di atas..Tentu korang tak pahamkan? Hahaha..Jadi dengan tujuan aku menaip ini adalah untuk melengkapkan lagi jalan cerita yang korang tak paham tu.Ceritanya begini Sewaktu pulang kitaorang ternampak la sekumpulan gadis-gadis belasan tahun berjalan untuk berjalan pulang kot.Ketika itu kitaorang dalam kereta.So kat situ aku memberi idea jahatku.. "Weh jom kita terperanjatkan budak-budak tu." .. "Kejap-kejap..Tunggu dia dekat kat sebelah..Keluarkan la camera kau,rakam..Tunggu traffic light hijau kita jerit..Pastu diorang tak cam.." member aku menjawab.. Selepas itu aku keluarkan camera dan setelah itu aku bersiap sedia untuk merakam aksi kejutan itu.. So jadi la video seperti di atas.. Satu..dua...tigaaa.... "ENTAH LAH..!!" Dengan nada yang kuat dan lantang! mahukan tak ada sesiapa yang terkejut dengan tiba-tiba.. Cuba korang buat,tengok apa kesannya..ok sambung balik. Sewaktu tu lampu hijau,kitaorang suka dapat kenakan orang..Tapi tu lah kebesaran tuhan..Bila turn kitaorang nak sampai kt line berhenti di hadapan lampu merah menyala pulak... Hadoi.. Tu yang keluar perkataan.. "Mati kita wan..mati kita wan.." Hahaha.. Sebab apa,nak tahu.Nama Wan member aku yang drive tu..Jadi masa mula plan tu kena tunggu lampu hijau,bila bergerak kitaorang nak jerit perkataan "ENTAH LAH!" dengan kuat kat budak-budak tu..Bila lepas ingatkan nanti budak-budak tu tak cam la kononnya..Kejap lagi tak lepas traffic light dah merah..Hadoi..Mati lah..Hahaha.. Begang beb..Budak perempuan tu lalu kitaorang buat tak tahu je..Tak toleh langsung kat budak tu.. Hahaha..
Jumaat, 18 Februari 2011
Motor dan Amoi..
Hahaha.. Yang ini satu peristiwa paling seronok dan rugi pernah aku rasa.Pada suatu petang sedang aku melihat seorang rakan ku membaiki motorsikalnya di rumah.Bukan apa aku saja-saja je sebok menyebok kat situ.Orang kata buat semak..Aku tengok je bukan aku tahu pun.. Hahaha.. "Ey rip,kau pergi kedai kejap boleh..Belikan aku air." rakan ku berkata.. "Naik apa?" aku pula menjawab.. "Tu ha motor aku ada,kau naik je.." Masa tu aku tak berapa mahir menunggang motor.. "Malas aku." Hahaha.. Tu ayat kalis je.. Pastu ada la mamat ni rakan aku juga tiba-tiba boleh menyampukk.. "Kalau kau nak tahu dia ni tak berapa pandai sangat bawak motor." .. "La iye ke.Bukan susah pun.Kau naik,masuk gear,jalan..dah boleh." .. Perghh...Punya la begang,dia boleh kantoikan pulak..Grrrrr.. Malu aku masa tu.Dan tanpa memikirkan sesuatu kesannya dengan jiwa yang bergelora dek kerana malu.. Aku... "Ok la bagi aku duit.Aku pergi beli..Tapi seorang teman aku la." Jadikan cerita,rakan ku yang membegangkan aku tadi teman aku pergi kedai.. Start motor mcm biasa.. Vrooooommmmmm!!! Hahaha..Hidup...Aku bangga..Masuk gear,Pap! dan memulas pemulas gear dengan perlahan.. Bergerak..Yeahh aku mampu menunggang motorsikal..Akhirnya aku sampai ke tempat yang di tuju..Bukan jauh pun depan taman je..Selepas tu aku pulang semula dengan menunggang motorsikal itu lagi.. sewaktu perjalanan pulang "Kau sebenarnya boleh bawak motor tapi kau saja je cakap tak boleh." Aku pula hanya tersenyum.. Tak tahu dalam hati berkata.. "Baru kau tahu.." Bila sampai di satu simpang tiga sewaktu aku mahu selekoh ke dalam taman perumahan..Ada sebuah kereta Mercedes Benz berhenti di situ menunggu selepas laluan aku untuk bergerak..Kelihatan seorang amoi yang sangat cantik sedang memandang aku juga..Aku terpesona lalu aku melihat amoi tu tanpa melihat laluan aku .. "Ehhh.. Ehhh... ripppppppppp.." Gedegang..!!!! Motor aku terus ke bahu jalan..Hahaha. Memang malu aku buat kali ke duanya. Ketika tayar depan naik ke atas bahu jalan..Aku memandang ke belakang kelihatan Mercedes Benz masih disitu..Jika Mercedes Benz masih di situ sudah tentu amoi masih laig di situ.Lantas dia menurunkan cermin sisinya dan berkata. "You okey tak?.." Nampak nya amoi itu mengambil berat. "Sini la naik i bawak you pergi klinik." Ohh.dia offer pulakkk.. Rakan ku menyampuk lagi.."Eh amoi tak apa-apa.Okey ni.." .. "Betul ni you okey." Aku dengan tergamam dan terpesona hanya mampu tersengih je. "Betul ni.." Amoi tu berkata lagi.. "Betul amoi okey ni." rakan ku menjawab lagi..Lalu Mercedes Benz itu pergi dengan melemparkan senyuman yang manis sekali.. Kita berdua hanya melihat terpesona di atas motor yang tayar hadapannya masih lagi di atas bahu jalan.. END.
Search Results
Apa yang aku ingini harap 2011 ni memberi makna.. Aku gembira bersama keluarga..Kawan-kawan sentiasa membuat aku ketawa..Terima kasih kawan-kawan..Aku sayang pada semua kawan-kawan.. Kawan datang bak cendawan tumbuh lepas hujan.Aku seronok..Sekarang percaturan semula kehidupan..Kerana ingin aku tinggal kan zaman nakal ku..Tapi orang cakap aku makin nakal.Mengarut entah apa-apa..Hahaha.. Oups.
Khamis, 17 Februari 2011
Wajah baru..
Tada...!! Kini blog ku berwajah baru lagi berseri.. Cantikan.. Cantikan.. Hahahaa.. Lebih mudah untuk di baca.Lebih terang dari segi peglihatan.. Warna-warni lagi.. Macam candy.. Jika ada sesiapa rasa nak jilat sila la menjilat screen anda.. free je. Tanpa ada bayaran atau cagaran.. Cuba-cuba dan terus mencuba tau.. Hahaha..
Selasa, 15 Februari 2011
Terkenang-kenang..
Yang ini cerita zaman kenakalan teragung aku.Bila di ingat balik peristiwa ni.Sumpah dengan sendiri nya tergelak di hadapan keluarga.Dan tiba-tiba ada la suara yang menyumbangkan suara nya.. " Ko pehal .. Gilerr,senyum sorang-sorang..?? " Suara itu datangnya dari kakak ku.Aku cuma mampu mengelengkan kepala ku mngatakan tiada apa-apa.. Dengan tanpa menyumbang kan apa-apa hanya mnyumbangkan suaranya kepada ku,lalu kakak ku berlalu.. Patutnya sumbangkan la duit ke apa ke kan..Sedap sikit aku senyum seorang-seorang..Bayangkan lah tengah sengih seorang-seorang.. Tetttttt.. Korang bayangkan la sendiri.Malas aku nak imagine kan jalan cerita untuk korang.. Hahaha.. Ok-ok ..Sambung cerita..Kisah nya bermula.. (Mesti korang tak sabar nak baca kan.) Hahahaha..
Kisah ini bermula di malam hari.Waktu tu aku masih bersekolah menengah lagi..Aku ada syok kat satu minah ni..Dulu kala la masa tu..Rumah dia berhampiran je.Kira sebelah taman..Pada satu malam yang lupa tarikhnya.Aku dan sekumpulan kawan-kawan ku lepak di tapak teratai.Tapak teratai tu adalah tempat untuk bersantai bagi penduduk di situ..So kitaorang pun duduk di situ tanpa hala tuju masa hadapan..Lepak bercerita,menyanyi bersama-sama,gelak ketawa..Burung-burung pun berkicauwan turut sama gembira.Tetttt! tu tipu lah..Hahaha. Ok sambung balik..Tiba-tiba salah seorang kawan bersuara.. "Weh rep,apa kata kita pergi kacau rumah Natasya jom..! " .. Sekumpulan kawan-kawan ku menyahut gembira... "Jom.Jom.Jomm..." Kalau benda bukan-bukan memang laju..Dan aku Jom aje..Hahaha..Kitaorang pun bergerak ke lokasi yang telah dirancang.. Berjalan dengan nada perlahan tanpa ada bunyi.Bintang-bintang penuh di langit dan bulan terang malam itu menguatkan lagi semangat aku untuk ke sana.. Kian hampir dengan lokasi.Suasana sunyi dan masing-masing memandang ke kiri dan ke kanan..Tiada apa-apa kelibat mahupun bunyi..Hanya sunyi di sekeliling.. Berhadapan kami ada dua buah kereta parking di situ berhadapan rumah Natasya.. Selangkah kami kehadapan di situ. Gong..! Gong..! Gong..! Dengan secara tak semenanya dua ekor anjing dari bawah kereta tu keluar.Anjing itu bukan mengejar kitaorang tapi jugak berlari melihat kitaorang..Apa lagi kitaorang berlari jugak lah.Sama-sama lari.Bagus..Hahaha.. "Babi nye hanjing." Aku mencarut. Dah binatang tu anjing di gelarkan babi pula.Haa..itu la tabiat masyarakat kita bila mencarut..Hahaha.. Kalau boleh elakan.Jikalau saat genting seperti tadi tak apa mencarut.. Hahaha..Bayangkan la sekumpulan manusia yang berjalan rapat bersama-sama seperti mahu merompak berlari lintang pukang secara tiba-tiba.Tak ke ada yang jatuh masa tu.Memang kelakar..Hahaha..Sambung balik cerita tadi.. Kitaorang sudah pun berada di dua buah kereta tersebut.Terbahagi kepada dua kumpulan..Satu bahagian di sebelah sana dan satu lagi di sebelah sini di sebalik kerata itu.Kitaorang pun memanjangkan leher menjengah rumah Natasya tu.Lampu kelihatan terang di rumahnya..Apa lagi dengan terburu-burunya kitaorang memanggil serentak.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Suara memecah hening.. Tiada tindak balas.Ulang lagi sekali.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Pap!! dia menjengah,aku kenal susuk tubuh tu yang menjengah di balik pintu..Itu la Natasya.. Aku gembira.. "Natasya.. Natasya keluar dow.." Aku menunduk dan kawan aku pula menjengah.. "Ha'a dow..Pakai baju tidur.Cumil.." kawan ku berkata..Turn aku pula menjengah.. "Alamak dah masuk.macam mana?" Aku melihat rakan yang lain.Semua mengelengkan tapak tangan.. "Kita panggil lagi sekali." Kata aku..Semua menganggukan kepala tanda setuju.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Tiada tindak balas.. Lagi sekali.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Tiada tindak balas..Yang terakhir kata ku.. Satu..Dua..Tiga.. "Natasyaaaaaaaaaaaaa....." Pap!!! dia menjengah,aku kenal susuk tubuh tu yang menjengah di balik pintu..Itu la bapak dia. Aku panic! "Shit.. Bapak dia dow.." dan kawan ku pula berkata.. "Mana-mana??" sambil menjengah.. "Ha'a,macam mana ni.? Bapak dia da keluar tu.." Masing-masing panic.Semua da takut..Dalam suasana kelam kabut tu.Salah seorang kawan kitaorang berlari ke salah satu kereta di sebelah. Dia berlari laju dan tunduk, tap! "Eh aku terpegang apa ni." Suara kawan ku. Apabila di suluh dengan lampu handphone..Eeeee..Taik! Hahahaha.. Gelak sambil cover-cover kitaorang.. Apabila bapak si Natasya tu masuk..Kitaorang pun beredar dari situ dengan gelak ketawa.. Hahaha.. Dalam perjalanan pulang tu..Aku berkata kepada kawan ku yang malang tu. "Weh,ko tak basuh eh?" .. "Tak,aku kesat je kat tanah pastu nanti balik aku basuh la.." .. "Eeee..Kan taik hanjing tu!" .. "Otak kaw..Taik kucing gila.." .. "Baik kau samak.." Hahahaha.. dan tak habis2 dia tak menafikan kata-kata aku itu.. Jadi sampai sekarang apabila jumpa kawan aku tu .. "Tangan kau dah samak belum? Solat tak sah kau tahu.." Hahaha.. END.
Selipar..
Bila bersosial di alam maya ni.Kekadang teringat pulak peristiwa-peristiwa yang tak boleh di lupakan lah.. Masa ni lah teringat kat kerenah kawan ni apabila dia suruh aku pergi ke kedai..
Sewaktu tu aku lepak bersama teman-teman ku di sebuah taman.Waktu menunjukan sudah masuk pukul 12 pagi.Suasana sunyi tanpa ada apa yang nak di takutkan.. Sebab kami la hantu di situ.
Apabila seorang kawan menyuarakan rasa keluh hatinya..
"Alamak,habis pulak air aku ni.. Haus nih.."
Aku.. "Aku baru nak mintak sikit..Haus jugak ni..Adoi."
"Apa kata kau pergi beli.."
Aku. "Aku? aku kena pergi beli..?"
"Ye lah..Aku bagi pinjam selipar aku."
Tergelak seketika aku.Ingatkan nak bagi pinjam motor ke apa.Ini selipar..Aku pun pakai la weh kat kaki.. Hahaha..
Sewaktu tu aku lepak bersama teman-teman ku di sebuah taman.Waktu menunjukan sudah masuk pukul 12 pagi.Suasana sunyi tanpa ada apa yang nak di takutkan.. Sebab kami la hantu di situ.
Apabila seorang kawan menyuarakan rasa keluh hatinya..
"Alamak,habis pulak air aku ni.. Haus nih.."
Aku.. "Aku baru nak mintak sikit..Haus jugak ni..Adoi."
"Apa kata kau pergi beli.."
Aku. "Aku? aku kena pergi beli..?"
"Ye lah..Aku bagi pinjam selipar aku."
Tergelak seketika aku.Ingatkan nak bagi pinjam motor ke apa.Ini selipar..Aku pun pakai la weh kat kaki.. Hahaha..
Ahad, 13 Februari 2011
Tiba-tiba teringat dekat otak!
Lihat la otak itu.Jika sekali dipandang nampak seninya.Sebenarnya otak kita ini berfungsi bukan sebagai otak sahaja.Eh macam mana tu ye.Mudah kata,bukan sekadar menggerakan segala pergerakan tubuh kita.Tapi boleh juga di jadikan sebagai icon seni.Ramai pereka atau pencipta seni yang menghasilkan karyanya dengan mengunakan organ manusia seperti otak.Bukan senang nak lukis otak ni.Kalau tak pandai silap-silap boleh jadi usus.Tak pecaya? Cuba buat,dan tafsirkan sendiri lukisan itu..Dijamin bukan sekadar usus..Benda kejadah lain pun boleh terhasil tanpa apa yang di fikirkan..Itu lah otak. Haha.. Tapi apa yang menyelerakan tentang otak ni adalah otak-otak! (Ada kena mengenakan ke?) ... blup..blupp..
Sabtu, 12 Februari 2011
Pernikahan..
Lama betul aku tak mengarang dlm ni.Bukan apa aku asyik sibuk dengan hal-hal harian.Bila orang sekeliling jumpa saja muka aku.Ada lah soalan yang di ajukan kepada aku. "Lama tak update blog." dan aku "Oh,busy la." .. Aku tahu korang rindu dengan kata-kata aku yang mencarut ni.Cewah..Perasan la pulak kan.. Vomit..Vomit.. Hahaha.. Ok-ok.. Sekarang aku nak bercerita tentang pernikahan sepupu aku..Memang meriah la.Di tambah lagi aku menjadi second cameraman.Ini yang nak khabar dekat korang semua ini..Kalau nak tahu first camera adalah seorang gadis. Hahaha.. Begitu gatal sekali aku masa tu.Ada juga la snap-snap curi punya.Ala-ala paparuzzi gitu..Yang best nya aku dapat bergambar dengan camera girl tu.Ohhh syokk nya.. ngeee...
Rabu, 19 Januari 2011
Video apa ni?
Maaf la.. Oleh kerana telah di muat turun ke dalam blog ni.. Mp video ini kurang memuaskan..
Video ini telah di rakam oleh salah seorang sahabat ku yang sengal.Dengan secara tidak sengajanya aku terus melayan.Maka tercipta lah satu hak cipta terpelihara yang konon-kononya unggul..
Langgan:
Catatan (Atom)



